Bismillahirrahmanirrahim

Monday, December 8, 2008

Jahiliah dan Sisa - sisa Hanifiah

Islam hanyalah merupakan lanjutan dari hanifiah yang dibawa oleh abul-anbiya' (bapa para nabi), Nabi Allah Ibrahim Khalilullah as. Hakikat ini secara tegas telah dinyatakan dalam al-Quran di banyak tempat, antara lain dalam surah al-Hajj ayat 78 dan surah Ali Imran ayat 95:

Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam ad-Diin suatu kesempitan. (Ikutilah) ad-Diin (millah) orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang Muslim dari dahulu... Katakanlah, "Benar (apa yang difirmankan) Allah". Maka ikutilah ad-Diin Ibrahim yang lurus (hanif), dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang musyrik.

Bangsa Arab adalah anak-anak Nabi Allah Ibrahim Khalilullah as dari zuriat Nabi Allah Ismail as. Kerana itu, mereka mewarisi millah dan minhaj yang pernah dibawa oleh bapa mereka. Millaj dan minhaj yang menyerukan tauhidullah, beribadah kepada-Nya, mematuhi hukum-hukum-Nya, mengagungkan tempat-tempat suci-Nya, khususnya Baitullahil-Haraam, menghormati syiar-syiar-Nya dan mempertahankannya.

Manakala bangsa Melayu juga adalah anak-anak Nabi Allah Ibrahim Khalilullah as dari isteri baginda yang ketiga, iaitu Siti Qanturah. Mereka suatu ketika dahulu pernah dikenali dengan nama bangsa Naga sebelum dinamakan dengan bangsa Melayu oleh penjajah. Mereka juga mewarisi millah dan minhaj yang pernah dibawa oleh bapa mereka. Mereka dengan mudah menerima kedatangan Zulkarnain dan Nabi Allah Khidir as ke alam Melayu. Seterusnya dakwah Islamiah Nabi Allah Muhammad saw.

Setelah beberapa kurun waktu, mereka mulai mencampuradukkan kebenaran yang diwarisinya itu dengan kebathilan yang menyusup kepada mereka. Seperti semua umat dan bangsa, apabila telah dikuasai kebodohan dan dimasuki tukang-tukang sihir dan ahli kebathilan, maka masuklah kemusyrikan kepada mereka. Mereka kembali menyembah berhala-berhala.

Kalau di zaman Jahiliah, bangsa Arab melaksanakan syariat Nabi Allah Ismail as sampai datangnya Amr bin Luhayyi yang memasukkan pemikiran-pemikiran yang sesat dan menyesatkan. Ia (Amr bin Luhayyi) mensyariatkan penyembahan berhala dan kepercayaan-kepercayaan lainnya. Sejak itulah ad-Diin menjadi rosak. Kebenaran bercampur dengan kebathilan sehingga kehidupan mereka dikuasai oleh kebodohan, kerosakan dan kemusyrikan.

Manakala di zaman Jahiliah moden, bangsa Melayu melaksanakan syariat Nabi Allah Muhammad saw sampai datangnya penjajah yang memaksa bangsa Melayu menerima pakai pemikiran-pemikiran yang sesat dan menyesatkan. Ia (penjajah) mensyariatkan isme-isme dan kepercayaan-kepercayaan lainnya.

Lalu Allah swt mengutus Nabi Allah Muhammad saw untuk meluruskan kebengkokan bangsa Arab dan memperbaiki kerosakan mereka, lalu Rasulullah saw meninjau syariat mereka. Apa yang sesuai dengan ajaran Nabi Allah Ismail as atau syiar-syiar Allah ditetapkannya. Apa yang telah rosak atau diubah, ataupun termasuk syiar kemusyrikan atau kebathilan dibatalkannya dan dicatatnya pembatalan tersebut.

Manakala, kebengkokan bangsa Melayu pula..... Fikir-fikirkanlah, demi masa hadapan yang cemerlang, gemilang, terbilang.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku). Semoga Allah swt mengampuni kebebalan hamba-Mu ini.

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal