Bismillahirrahmanirrahim

Thursday, December 18, 2008

Tentera-MILF bertempur, lima terbunuh

ZAMBOANGA 18 Dis. - Dua askar dan tiga gerila terbunuh dalam pertempuran antara tentera kerajaan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di selatan Filipina malam tadi.

Pertempuran di pekan Piagapo, Pulau Mindanao itu turut menyebabkan lima askar dan dua gerila MILF cedera, kata jurucakap tentera, Leftenan Steffani Cacho.

Kejadian itu berlaku semasa askar memburu anggota MILF yang dipercayai terlibat dalam beberapa serangan maut ke atas perkampungan awam sejak Ogos lalu dan menimbulkan kekacauan, katanya.

Sementara itu, jurucakap MILF, Eid Kabalu bagaimanapun mendakwa, lapan askar kerajaan dan hanya dua pejuang MILF terbunuh dalam pertempuran berhampiran pekan Piagapo itu.

Eid mendakwa, askar kerajaan telah menceroboh masuk ke kawasan MILF sehingga memaksa mereka mempertahankan diri daripada serangan berkenaan.

Kerajaan Manila menggantung rundingan damai dengan MILF selepas dua komander gerila mengetuai pengikut mereka menyerang beberapa pekan dan wilayah di seluruh Mindanao pada Ogos lepas.

Serangan itu dilancarkan sebagai membantah keputusan mahkamah yang menyekat pemeteraian perjanjian untuk memberi MILF kuasa ke atas kawasan autonomi Islam di Mindanao.

- AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal