Bismillahirrahmanirrahim

Thursday, October 16, 2008

Pejuang Islam bawa kes ke PBB

MANILA - Kumpulan pejuang Islam Filipina semalam berkata mereka akan membawa kes isu wilayah selatan negara itu ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) selepas Mahkamah Agung negara itu menolak cadangan perjanjian untuk memberikan autonomi kepada mereka.

Kelmarin mahkamah di Filipina menolak cadangan untuk memberikan autonomi lebih luas kepada masyarakat Islam di selatan Filipina untuk mentadbir wilayah mereka sendiri.

Ketua perunding Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) Mohagher Iqbal berkata satu-satunya pilihan yang ada kepada mereka ialah membawa cadangan perjanjian itu ke PBB dan Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) bagi mendapatkan jaminan jika rundingan itu dijalankan semula hasilnya akan dihormati.

“Kami akan membawa perkara ini ke forum yang akan mendengar suara masyarat Moro,” kata beliau.

Beliau turut mengkritik kepimpinan Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo yang tidak memberikan sokongan terhadap cadangan perjanjian itu.

“Selepas beberapa tahun, kami melihat bahawa kerajaan ini amat sukar untuk dipercayai,” kata Mohagher.

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal