Bismillahirrahmanirrahim

Monday, December 29, 2008

Panji Hitam dari TIMUR

1. Sabda Nabi SAW, Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibn Majah)

2. Sabda Nabi SAW, Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.

3. Sabda Nabi SAW, Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.

4. Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja. (Abu Daud & Al-Hakim)

5. Sabda Nabi SAW. Tiga ratus empat belas orang yang di antaranya adalah perempuan, bergabung dengan al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan lagi di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi.

6. Sabda Nabi SAW Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.

7. Sabda Nabi SAW Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibn Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)

8. Sabda Nabi SAW, Sebelum al-Mahdi (muncul), As-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, wahai Rasullah, bagaimana kami dapat mengenalinya? Nabi SAW menjawab, Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabat dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya.

9. Sabda Nabi SAW Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).

10. Sabda Nabi SAW Dari Ibnu Masud RA, katanya, ketika kami berada di sisi Rasullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai? Baginda menjawab, Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.(Ibnu Majah)

11. Sabda Nabi SAW Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya. (Nuaim bin Hammad)

12. Sabda Nabi SAW Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji. (Al-Hafiz Abu Naim)

13. Sabda Nabi SAW, Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau banginada bersabda, Wajib setiap orang mukmin menerimanya. (Abu Daud, an-NasaĆ¢I, al-Baihaqi & al-Husin)

14. Sabda Nabi SAW, Apabila kamu melihat Panji-panji Hitam telah diterima di sebelah wilayah Khurasan, maka datangilah dia sekalipun terpaksa merangkak di atas salji kerana padanya itu ada Khalifah Allah iaitu al-Mahdi. (Abu Nuaim)

15. Sabda Nabi SAW, Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, Ini al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia. Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khursan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah menutus kepadanya 3,000 malaikan dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah anatara pembantunya.

16. Sabda Nabi SAW. Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala syahid. (Iman Muslim)

17. Sabda Nabi SAW, Ada tiga orang adik-beradik yang saling berperang sesama sendiri berhampiran tempat simpanan Kaabah kamu. Ketiga-tiganya adalah anak seorang khalifah. Kemudian tidak seorang pun anatara mereka yang menjadi khalifah. Kemudian muncullah Bendera Hitam dari arah Timur, lalu mereka membunuh kamu semua (yang sedang berperang saudara itu) dengan satu pembunuhan yang (sangat banyak) belum pernah berlaku sebelum ini oleh sesuatu kaum. Kemudia baginda menuturkan sesuatu yang tidak saya ingatinya. Kemudian baginda bersabda, apabila kamu semua melihatnya, hendaklah berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana dia adalah Khalifah Allah, iaitu al-Mahdi. (Ibnu Majah)

18. Sabda Nabi SAW, akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya. (Ibnu Majah)

19. Sabda Nabi SAW, Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya. (At-Tarmizi)

JAKARTA 29 Dis. - Kumpulan militan Islam Indonesia merancang menghantar 1,000 orang sukarelawan untuk mempertahankan Semenanjung Gaza, ekoran serangan udara tentera zionis Israel di wilayah Palestin itu.

"Anggota rekrut mestilah yang benar-benar mempunyai tahap kesihatan fizikal terbaik dengan semangat perjuangan yang tinggi dan sedia untuk mati," kata Setiausaha Agung Barisan Pembebasan Islam, Soebri Lubis, ketika dihubungi Reuters.

"Kami akan menyediakan tiket penerbangan sehala kepada mereka sehingga Israel menyerah kalah," kata Soebri yang akan mula memilih rekrut di ibu pejabat pertubuhan berkenaan di Jakarta dalam masa terdekat ini, sebelum sukarelawan itu dihantar mengikuti latihan pertempuran di kem-kem di Indonesia.

Katanya, pertubuhan berkenaan pernah menghantar pejuang sukarelawan di Iraq dan Afghanistan.

- Reuters

Tuesday, December 23, 2008

NARATHIWAT, Thailand, 23 Dis. - Seorang anggota anggota tentera mati ditembak oleh pejuang pemisah, manakala tujuh yang lain cedera dalam satu letupan bom di selatan Thailand hari ini, kata polis.

Seorang anggota tentera beragama Islam berpangkat Leftenan Muda berusia 55 tahun mati ditembak ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menaiki motosikal di wilayah Pattani awal pagi ini, katanya.

Dalam kejadian di wilayah Narathiwat pula, enam anggota renjer yang sedang menjalankan rondaan cedera setelah diserang oleh pejuang pemisah akibat letupan bom yang menggunakan kawalan jauh, dakwa polis.

Seorang orang awam turut cedera dalam serangan tersebut.

Lebih 3,500 orang telah terbunuh di selatan sejak meletus semula pergolakan antara pejuang pemisah dengan pihak kerajaan kira-kira lima tahun lalu.

- AFP

Monday, December 22, 2008

Pejuang pemisah mati ditembak

YALA, Thailand 22 Dis. - Pasukan keselamatan Thailand menembak mati seorang lelaki dipercayai anggota kumpulan pemisah dalam satu operasi di selatan negara hari ini.

Suspek berusia, 25 tahun itu dilaporkan terbunuh apabila pasukan keselamatan bertindak melepaskan beberapa das tembakan di sebuah perkampungan di wilayah Yala.

Menurut salah seorang pegawai polis yang terlibat dalam operasi itu, 300 askar termasuk anggota polis dan pihak berkuasa awam terlibat dalam operasi tersebut.

"Ketika menjalankan operasi, kami telah bertembung dengan sekumpulan pejuang pemisah dan berlaku kejadian tembak-menembak.

"Dalam kejadian itu, seorang lelaki dipercayai anggota kumpulan pemisah berjaya ditumpaskan termasuk menahan empat lelaki anggota kumpulan itu," katanya.

Suspek yang mati itu disyaki terlibat dalam dua serangan bom di Yala pada Sabtu lalu, katanya.

Sementara itu, seorang lelaki Islam berusia 50 tahun terbunuh apabila ditembak mati dalam satu serangan hendap ketika sedang menaiki motosikal di sebatang jalan raya di wilayah Pattani, dekat sini.

- AFP

Thursday, December 18, 2008

ZAMBOANGA 18 Dis. - Dua askar dan tiga gerila terbunuh dalam pertempuran antara tentera kerajaan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di selatan Filipina malam tadi.

Pertempuran di pekan Piagapo, Pulau Mindanao itu turut menyebabkan lima askar dan dua gerila MILF cedera, kata jurucakap tentera, Leftenan Steffani Cacho.

Kejadian itu berlaku semasa askar memburu anggota MILF yang dipercayai terlibat dalam beberapa serangan maut ke atas perkampungan awam sejak Ogos lalu dan menimbulkan kekacauan, katanya.

Sementara itu, jurucakap MILF, Eid Kabalu bagaimanapun mendakwa, lapan askar kerajaan dan hanya dua pejuang MILF terbunuh dalam pertempuran berhampiran pekan Piagapo itu.

Eid mendakwa, askar kerajaan telah menceroboh masuk ke kawasan MILF sehingga memaksa mereka mempertahankan diri daripada serangan berkenaan.

Kerajaan Manila menggantung rundingan damai dengan MILF selepas dua komander gerila mengetuai pengikut mereka menyerang beberapa pekan dan wilayah di seluruh Mindanao pada Ogos lepas.

Serangan itu dilancarkan sebagai membantah keputusan mahkamah yang menyekat pemeteraian perjanjian untuk memberi MILF kuasa ke atas kawasan autonomi Islam di Mindanao.

- AFP

Monday, December 8, 2008

Wilayah Khurasan

Khurasan adalah satu kawasan / wilayah yang sudah tidak wujud lagi dalam peta dunia. Wilayah Khurasan yang dimaksudkan di dalam hadis itu meliputi kawasan Kabul, Afghanistan, Uzbekistan, sebahagian kecil Iran, sebahagian kecil Pakistan, memanjang ke Barat China meliputi wilayah Xinjiang sampai ke Yunnan.

i. Kabul, Afghanistan.
Kabul merupakan pangkal Khurasan. Ketika ini perang saudara sedang berlaku di antara puak-puak mujahidin yang saling bertentangan. Puak syiah yang disokong Iran dan wahabi sokongan Arab Saudi sedang berentap bermati-matian. Mereka telah berjuang lama untuk membebaskan Afghanistan dari penjajah Komunis Rusia, dan mereka berjaya mengusir komunis. Malangnya mereka terus berperang sesama sendiri. Di celah-celah berkecamuknya perang saudara itulah bakal munculnya golongan Asoib sepertimana yang dinyatakan oleh hadis. Golongan ini tidak terlibat dalam krisis tetapi memendam kekuatan. Untuk mereka ada tugas besar mengibarkan panji-panji hitam yang dijadualkan. Mereka inilah yang akan mudah menerima orang Timur.

ii. Pakistan.
Hanya sebahagian kecil sahaja yang termasuk di dalam peta Khurasan, iaitu wilayah -wilayah yang dekat dengan Kota Islamabad.

iii.Yunnan.
Yunnan adalah salah sebuah wilayah di China yang penduduknya banyak menganut Islam selain Xinjiang, Gansu, Ningxia dan Qinghai. Di Yunan terdapat sekitar 4 juta umat Islam. Malangnya Islam di sini begitu lemah hingga kebanyakan umatnya telah lupa syahadat dan lupa nama Islam mereka. Ini akibat kelalaian ulama mereka yang kemudian disambung dengan kedatangan Komunis. Walaupun demikian, jika dibanding dengan agama-agama lain, Islam masih hidup dan terus membara di China. Akar tunjang aqidah umat Islam tetap tidak tercabut. Islam terus bangkit setelah negeri China mengamalkan dasar terbuka. Kini masjid-masjid tumbuh bagai cendawan sedang kuil-kuil tidak lagi dibina. Mereka masih inginkan Islam dan amat senang sekali menerima kedatangan orang Islam dari luar.

iv. Uzbekistan.
Ia telah bebas dan merdeka dari Soveit Union. Wilayah-wilayah utamanya ialah Samarkhand, Bukhara, Tirmez dan lain-lain. Ibukotanya Tashkent. Bumi Khurasan ini telah pernah melahirkan ulama-ulama besar seperti Imam Bukhari, Abu Laits As Samarkandi, Imam Bahaudin, Imam Muslim, Imam Nasai, Imam Tirmizi, Imam Nakhai dan lain-lain. Selain pernah menjadi pusat ilmu pengetahuan Islam, ia berkembang sebagai pusat ilmu sains, matematik, optik, geografi, astronomi dan lain-lain lagi. Telah lahir tokoh-tokoh seperti Ibnu Sina, Al Farabi, Al Biruni, Ibnu Rusyd, Ali Syir dan Umar Khayyam. Di segi keIslaman, ilmu dan pengamalan muslimnya lebih baik dari muslim di Yunnan. Uzbekistan lebih mampu melahirkan kader-kader perjuangan Islam yang berpotensi dan berkualiti. Lebih-lebih lagi ia berhampiran dengan kawasan-kawasan umat Islam yang lain seperti Tajikistan, Kazakhstan, Turkmenistan dan Khirghiza. Kembalinya negara-negara ini kepada Islam secara total sangat dibimbangi oleh Barat. Negara-negara ini punya kekuatan ekonomi, bahan mentah, tenaga manusia dan senjata. Tetapi kekuatan yang lebih digeruni oleh Barat ialah Islam. Negara "Ma waraa unnahar" - negeri di sebalik sungai ini kini sedang marak pengamalan Islamnya. Keadaan yang tidak bergolak dengan peperangan memudahkan lagi Islam diamalkan setelah lama berada di bawah Komunis. Di bumi inilah panji-panji hitam akan diterima, dan di sini juga terdapat figure yang dikenali sebagai Al Haris Harras yang tersebut di dalam hadis. Berdasarkan hadis, kebangkitan Islam di akhir zaman umpama satu badan. Timur adalah nadinya, sementara Khurasan adalah tulang belakangnya. Timur adalah pemimpin, pencetus dan pendorong kepada kemaraan ini, sedangkan Khurasan adalah penyokong dan pembantu utama kepada Timur. Kedua-duanya akan bergabung seperti bergabungnya nadi dan tulang belakang. Kemudian barulah tubuh Islam itu kuat dan lebih aktif bergerak. Ertinya, bila Islam di Timur dan Khurasan bersatu, Islam akan mendapat kekuatan baru seperti yang ditunggu-tunggu selama ini. Penyatuan ini tepat seperti yang telah disabdakan Rasulullah SAW, sama ada dari segi masa, tokoh yang terlibat, cara dan bentuknya. Ini berita baik untuk Timur, untuk Khurasan dan untuk seluruh dunia amnya. Satu berita baik yang bakal menjadi realiti di awal kurun hijrah ke-15 ini.

Ia pasti berlaku!

Islam hanyalah merupakan lanjutan dari hanifiah yang dibawa oleh abul-anbiya' (bapa para nabi), Nabi Allah Ibrahim Khalilullah as. Hakikat ini secara tegas telah dinyatakan dalam al-Quran di banyak tempat, antara lain dalam surah al-Hajj ayat 78 dan surah Ali Imran ayat 95:

Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam ad-Diin suatu kesempitan. (Ikutilah) ad-Diin (millah) orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang Muslim dari dahulu... Katakanlah, "Benar (apa yang difirmankan) Allah". Maka ikutilah ad-Diin Ibrahim yang lurus (hanif), dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang musyrik.

Bangsa Arab adalah anak-anak Nabi Allah Ibrahim Khalilullah as dari zuriat Nabi Allah Ismail as. Kerana itu, mereka mewarisi millah dan minhaj yang pernah dibawa oleh bapa mereka. Millaj dan minhaj yang menyerukan tauhidullah, beribadah kepada-Nya, mematuhi hukum-hukum-Nya, mengagungkan tempat-tempat suci-Nya, khususnya Baitullahil-Haraam, menghormati syiar-syiar-Nya dan mempertahankannya.

Manakala bangsa Melayu juga adalah anak-anak Nabi Allah Ibrahim Khalilullah as dari isteri baginda yang ketiga, iaitu Siti Qanturah. Mereka suatu ketika dahulu pernah dikenali dengan nama bangsa Naga sebelum dinamakan dengan bangsa Melayu oleh penjajah. Mereka juga mewarisi millah dan minhaj yang pernah dibawa oleh bapa mereka. Mereka dengan mudah menerima kedatangan Zulkarnain dan Nabi Allah Khidir as ke alam Melayu. Seterusnya dakwah Islamiah Nabi Allah Muhammad saw.

Setelah beberapa kurun waktu, mereka mulai mencampuradukkan kebenaran yang diwarisinya itu dengan kebathilan yang menyusup kepada mereka. Seperti semua umat dan bangsa, apabila telah dikuasai kebodohan dan dimasuki tukang-tukang sihir dan ahli kebathilan, maka masuklah kemusyrikan kepada mereka. Mereka kembali menyembah berhala-berhala.

Kalau di zaman Jahiliah, bangsa Arab melaksanakan syariat Nabi Allah Ismail as sampai datangnya Amr bin Luhayyi yang memasukkan pemikiran-pemikiran yang sesat dan menyesatkan. Ia (Amr bin Luhayyi) mensyariatkan penyembahan berhala dan kepercayaan-kepercayaan lainnya. Sejak itulah ad-Diin menjadi rosak. Kebenaran bercampur dengan kebathilan sehingga kehidupan mereka dikuasai oleh kebodohan, kerosakan dan kemusyrikan.

Manakala di zaman Jahiliah moden, bangsa Melayu melaksanakan syariat Nabi Allah Muhammad saw sampai datangnya penjajah yang memaksa bangsa Melayu menerima pakai pemikiran-pemikiran yang sesat dan menyesatkan. Ia (penjajah) mensyariatkan isme-isme dan kepercayaan-kepercayaan lainnya.

Lalu Allah swt mengutus Nabi Allah Muhammad saw untuk meluruskan kebengkokan bangsa Arab dan memperbaiki kerosakan mereka, lalu Rasulullah saw meninjau syariat mereka. Apa yang sesuai dengan ajaran Nabi Allah Ismail as atau syiar-syiar Allah ditetapkannya. Apa yang telah rosak atau diubah, ataupun termasuk syiar kemusyrikan atau kebathilan dibatalkannya dan dicatatnya pembatalan tersebut.

Manakala, kebengkokan bangsa Melayu pula..... Fikir-fikirkanlah, demi masa hadapan yang cemerlang, gemilang, terbilang.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku). Semoga Allah swt mengampuni kebebalan hamba-Mu ini.

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal