Bismillahirrahmanirrahim

Thursday, January 15, 2009

MILF pesimis isu damai di selatan

MANILA 15 Jan. - Pejuang pemisah hari ini berkata, mereka tidak pernah berharap rundingan damai dengan kerajaan Filipina dapat diteruskan kecuali pihak tentera menamatkan operasi di selatan negara ini.

Pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bagaimanapun mengalu-alukan penghantaran pasukan perunding baru ke Malaysia minggu depan dan menganggapnya sebagai satu langkah positif.

"Inilah yang menjadi dilema, mereka menyatakan mahu menyambung semula rundingan tetapi perkembangan di akar umbi adalah sebaliknya.

"Tentera mesti mengikut arahan dan apa yang kami perlukan ketika ini ialah operasi dihentikan dan biarkan rundingan berjalan lancar,'' kata jurucakap MILF, Eid Kabalu.

Ketua perunding damai kerajaan, Rafael Seguis semalam berkata, beliau akan ke Kuala Lumpur untuk memaklumkan kerajaan Malaysia bahawa Manila sedia untuk duduk semeja dengan MILF bagi meneruskan 'rundingan awal'.

Malaysia yang menjadi penaja usaha damai tersebut menarik pasukan pemantaunya dari selatan selepas kecewa dengan proses rundingan yang terlalu perlahan.

Rundingan damai di selatan digantung sejak Ogos lalu selepas MILF melancarkan pemberontakan kerana membantah keputusan Mahkamah Agung yang membatalkan satu perjanjian untuk memberi lebih banyak hak kepada penduduk Islam di Pulau Mindanao.

- AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal