Bismillahirrahmanirrahim

Tuesday, January 6, 2009

Tentera gempur kubu MILF

COTABATO, Filipina, 6 Jan. - Sekurang-kurangnya 10 anggota gerila pemisah Islam terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan oleh pihak tentera di selatan Filipina hari ini.

Menurut jurucakap tentera, jet pejuang tentera udara OV-10 menggugurkan bom di satu kawasan yang dikenal pasti sebagai kubu kuat Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Kalamansing, selatan Pulau Mindanao.

Leftenan Kolonel Julieto Ando berkata, maklumat yang diperolehi pihaknya menyatakan kawasan itu dihuni oleh sekitar 100 anggota MILF.

"Kami mendapat maklumat bahawa mereka merancang menyerang pasukan tentera dan kerana itu kami lancarkan serangan udara tersebut,'' katanya.

Menurut beliau, tentera yang masuk ke kawasan itu selepas serangan menemui mayat 10 anggota MILF sementara yang lain dipercayai melarikan diri.

Jurucakap MILF, Eid Kabalu mengesahkan mengenai serangan udara tersebut tetapi menafikan dakwaan pihaknya merancang menyerang tentera Manila.

Sementara itu, sekitar 500 keluarga melarikan diri dari Kalamansing berikutan serangan tersebut.

Serangan udara itu adalah siri terbaru dalam krisis antara kerajaan dengan MILF yang membantah keputusan Mahkamah Agung Filipina menggantung draf perdamaian bagi kedua-dua pihak.

Lebih 600,000 penduduk menjadi pelarian sejak Ogos lalu manakala berpuluh-puluh orang awam, anggota pemisah dan askar kerajaan terbunuh sepanjang krisis itu.

- AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal