Bismillahirrahmanirrahim

Sunday, February 15, 2009

Filipina mahu sambung rundingan

MANILA 15 Feb. - Filipina bersedia menyambung semula rundingan damai dengan kumpulan pemisah Islam di wilayah selatan negara ini, beberapa bulan selepas pertempuran antara tentera kerajaan dan puak pemisah yang meragut lebih 300 nyawa.

Penasihat keamanan Presiden, Avelino Razon berkata, kerajaan akan membuka semula pintu rundingan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Malaysia telah mengusahakan rundingan yang bermula pada tahun 2003 tidak lama selepas MILF bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata, namun pasukan pengaman itu telah dipanggil pulang pada tahun lalu disebabkan tidak banyak kemajuan dicapai.

Langkah terbaru kerajaan Filipina ini dibuat selepas dua komander kanan MILF melancarkan serangan ke atas beberapa bandar dan wilayah di Mindanao sebagai tanda protes terhadap keputusan mahkamah menghentikan perjanjian damai yang memberikan lebih banyak kawasan kepada mereka.

Lebih 300 orang awam, anggota pemisah dan askar terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Presiden Gloria Macapagal Arroyo ketika itu menegaskan bahawa rundingan hanya akan diteruskan sekiranya MILF meletak senjata, menghentikan serangan dan menyertai arus politik, polisi yang ditolak oleh MILF.

Namun, Razon hari ini berkata, MILF bersedia berlembut dan menyatakan rundingan boleh disambung kemungkinan dalam suku pertama tahun ini.

Filipina juga sedang berbincang dengan pakar luar termasuk satu delegasi dari Britain yang pernah mengambil bahagian dalam proses damai Ireland Utara.

Jurucakap MILF, Eid Kabalu pula berkata, kepimpinan kumpulan itu masih belum menerima sebarang berita daripada kerajaan Malaysia mengenai sebarang tarikh atau lokasi rundingan. - AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal