Bismillahirrahmanirrahim

Thursday, February 12, 2009

Tiga polis terbunuh di selatan Thailand


PASUKAN keselamatan menjalankan penyiasatan di tempat kejadian apabila bom seberat 20 kilogram yang diletak di tepi jalan di kampung Nongjik, Pattani meletup, semalam. - REUTERS


BANGKOK 12 Feb. - Tiga anggota polis Thailand terbunuh dan seorang rakan mereka cedera parah dalam satu serangan bom di selatan Thai, awal hari ini.

Bom seberat 20 kilogram itu ditanam di tepi jalan di kampung Nongjik di Pattani, satu daripada tiga wilayah di mana lebih 3,000 orang telah terkorban sejak keganasan mula meletus di selatan negara ini pada 2004.

"Salah seorang yang maut ialah timbalan superintenden polis Nongjik.

"Mereka terbunuh semasa ditugaskan menjaga keselamatan sekumpulan guru yang menaiki bas sekolah," kata seorang pegawai polis.

Kumpulan yang melakukan serangan di selatan Thai tidak pernah menyiarkan identiti mereka atau mengaku bertanggungjawab terhadap keganasan yang dilakukan.

Dalam satu insiden awal bulan ini, dua renjer separa tentera ditembak mati dan kepala mereka dipenggal. - Reuters

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal