Bismillahirrahmanirrahim

Thursday, May 28, 2009

Lapan serangan bom awal pagi di Yala

YALA: Polis semalam menuduh kumpulan pemisah selatan Thai melancarkan beberapa serangan bom dan membakar di wilayah ini.

Serangan yang bermula awal pagi itu dilakukan di lapan lokasi di sekitar ibu negeri Yala, kata pegawai kanan polis, Kolonel Ekarit Wiriyapap.

Yala ialah antara tiga wilayah selatan Thai yang dilanda keganasan hingga meragut 3,400 nyawa sejak 2004 akibat gerakan pemisah.

“Dalam kejadian semalam, walaupun berlaku kerosakan besar, namun tidak ada nyawa terkorban,” kata Ekarit.

Sebuah gudang dan beberapa setor dibakar sementara letupan bom berlaku berhampiran sebuah pusat pameran kereta, hotel dan sebuah bank.

Polis percaya kumpulan pemisah melancarkan serangan itu sebagai tindak balas terhadap beberapa operasi kerajaan terhadap mereka.

“Serangan itu tidak bertujuan membunuh sesiapa kerana tidak ada orang di lokasi itu ketika ia dilancarkan.

“Ia sebaliknya bertujuan mencetuskan kekacauan dan menakut-nakutkan orang ramai,” kata Ekarit.

Gerakan prokemerdekaan sudah lama wujud di Yala, Pattani dan Narathiwat yang majoriti penduduknya berbangsa Melayu dan beragama Islam. - Agensi

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal