Bismillahirrahmanirrahim

Monday, October 12, 2009

3 ditembak mati di selatan Thai

PATTANI: Penyerang tidak dikenali menembak mati tiga lelaki Muslim dalam serangan berasingan di wilayah selatan Thailand yang bergolak sejak kelmarin.

Dalam satu serangan di sini kelmarin seorang lelaki Muslim penternak lembu yang berusia 49 tahun, ditembak mati oleh penyerang yang didakwa pemberontak yang melalui kawasan itu menaiki sebuah trak pikap. Mangsa sedang bekerja di ladang itu ketika serangan berkenaan.

Pada malam hari ini seorang lelaki Muslim penyembelih daging berusia 36 tahun ditembak mati ketika sedang dalam perjalanan pulang menaiki motosikal di wilayah Yala, manakala seorang lagi lelaki berusia 37 tahun ditembak mati ketika dalam perjalanan ke sebuah kedai kopi di wilayah Narathiwat.

Seorang lelaki Muslim lain yang berkerja sebagai seorang pentadbir tempatan, cedera dalam satu insiden tembak lari di Pattani pada tengah hari Ahad.

Timbalan perdana menteri Thailand, Suthep Thaugsuban, melawat Yala semalam, diiringi panglima angkatan tentera Anupong Paochinda bagi mengumumkan rancangan Bangkok untuk membangunkan wilayah selatan yang bergolak sejak pemberontakan tercetus pada Januari 2004. - AFP

-------------------------------------------------------------------------------------------------

PATTANI: Tiga penduduk Islam mati ditembak dalam kejadian berasingan di selatan Thai, semalam.

Dalam satu kejadian di Pattani, seorang penternak lembu berusia 49 tahun ditembak oleh sekumpulan lelaki, dipercayai anggota pemisah yang menaiki pikap ketika bekerja di ladangnya.

Di Yala, seorang penjual daging berusia 36 tahun mati selepas ditembak ketika menunggang motosikal dalam perjalang pulang ke rumahnya.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 37 tahun ditembak ketika dalam perjalanan ke warung kopi di Narathiwat.

Seorang kakitangan kerajaan, juga beragama Islam cedera selepas ditembak di Pattani.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban berada di Yala semalam, bersama-sama ketua tentera, Anupong Paochinda untuk mengemukakan rancangan kerajaan bagi membangunan wilayah selatan negara itu. - AP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal