Bismillahirrahmanirrahim

Wednesday, October 21, 2009

Estrada ikrar perangi gerila Islam


ESTRADA


MANILA - Bekas pemimpin Filipina, Joseph Estrada semalam berikrar untuk melancarkan perang habis-habisan terhadap gerila-gerila Islam dan pengganas komunis jika beliau menang pilihan raya presiden pada tahun depan.

Bekas bintang filem yang pernah dipenjarakan atas tuduhan rasuah itu menyatakan demikian sebelum dia secara rasmi melancarkan kempen untuk bertanding jawatan presiden hari ini.

Menurutnya, masalah ekonomi negara-negara Asia Tenggara boleh diatasi jika wujudnya keamanan.

"Kita terpaksa mengisytiharkan perang habis-habsian terhadap pemberontakan," kata Estrada yang berumur 72 tahun pada satu forum antikemiskinan anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Estrada menjadi presiden pada 1998 tetapi dipecat oleh Parlimen tiga tahun kemudian kerana dakwaan rasuah dan digantikan dengan Gloria Macapagal Arroyo.

Beliau terkenal dengan dasar keras terhadap pemberontak. Pada zaman pemerintahannya, pangkalan utama Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Pulau Mindanao pernah ditawan tentera.

Estrada kini berada di tempat ketiga dalam tinjauan pendapat terhadap calon pilihan raya presiden pada Mei 2010.

Anak lelaki Corazon Aquino, Benigno "Noynoy" Aquino kini mendahului Arroyo dan Estrada. - AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal