Bismillahirrahmanirrahim

Wednesday, October 28, 2009



MANILA - Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) berjanji tidak akan menjadikan orang awam sebagai sasaran serangan dalam konflik di selatan Filipina.

Dalam perjanjian yang dimeterai di Kuala Lumpur, kedua-dua pihak juga berikrar tidak akan menyerang sekolah, hospital dan pusat ibadat.

Perjanjian itu bertujuan untuk mengelakkan penderitaan orang awam yang terperangkap dalam sengketa tersebut.

Beratus-ratus orang terbunuh dan lebih setengah juta penduduk hilang tempat tinggal akibat pertempuran di wilayah itu berikutan kegagalan rundingan damai MILF-Filipina, tahun lalu.

"Langkah seterusnya ialah untuk mengadakan rundingan damai," kata jurucakap MILF, Eid Kabalu.

Perunding kerajaan Filipina, Rafael Seguis berkata, kedua-dua pihak akan membincangkan langkah-langkah memperkukuh perjanjian itu selepas rundingan rasmi disambung akhir tahun ini.

Menerusi perjanjian itu, kedua-dua pihak juga berjanji tidak akan menghalang aliran bantuan makanan serta barangan lain.

MILF berjuang untuk mewujudkan pemerintahan sendiri di selatan Filipina dalam sengketa yang mengorbankan 120,000 penduduk sejak 1970-an.

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal