Bismillahirrahmanirrahim

Monday, October 19, 2009

Militan Thai disyaki letup pasar

BANGKOK 19 Okt. - Pejuang pemisah Islam disyaki telah meletupkan sebutir bom di pasar awam di selatan Thailand hari ini, menyebabkan 24 orang cedera.

Bom buatan sendiri itu diletupkan dari sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran pasar basah di pusat bandar Yala, kata jurucakap tentera, Kolonel Parinya Chaidilok.

Tiga anggota tentera yang sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan turut cedera dalam kejadian yang berlaku awal pagi ini, katanya.

Kakitangan kerajaan termasuk tentera dan polis serta mereka yang disyaki penyalur maklumat di kalangan penganut Buddha dan penduduk Islam sering menjadi sasaran puak pemberontak. Malah orang awam juga turut menjadi sasaran.

Lebih 3,700 orang telah terbunuh di tiga wilayah selatan Thailand sejak kumpulan pemberontak melancarkan serangan pada Januari 2004.

Wilayah Narathiwat, Pattani dan Yala adalah kawasan majoriti penduduk Islam di negara yang didominasi oleh penganut Budha ini.

Kawalan keselamatan yang ketat baru-baru ini turut gagal menghentikan keganasan di wilayah bergolak itu. - AP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal