Bismillahirrahmanirrahim

Monday, October 12, 2009

Tentera Thai serbu madrasah

60 pelajar, guru kena tahan untuk soal siasat

PATTANI: Pasukan keselamatan semalam menyerbu sebuah sekolah Islam di kawasan pemberontakan di selatan Thailand, dan menahan 60 pelajar serta dua guru agama untuk disoal siasat.

Menurut polis, serbuan itu dilakukan dua hari selepas sekumpulan pemberontak melepaskan tembakan terhadap barisan kenderaan yang membawa pegawai tertinggi kerajaan di kawasan berkenaan. Tiada sesiapa cedera atau terbunuh.


Lebih 3,700 orang terbunuh di tiga wilayah di selatan Thailand sejak tercetusnya pemberontakan pada Januari 2004. Wilayah berkenaan - Narathiwat, Pattani dan Yala - adalah kawasan majoriti penduduk Muslim di negara itu. Penduduk Muslim sudah lama mengadu mengenai diskriminasi oleh kerajaan pusat.

Semalam, kira-kira 200 anggota polis dan askar menahan 60 pelajar dan guru beragama Islam di Sekolah Saengtham Wittaya di daerah Bacho di Narathiwat, kata Kolonel Polis Chamlong Ngamnet.

“Kami menerima maklum balas bahawa ada pihak yang boleh memberi maklumat mengenai kejadian Sabtu lalu dan kejadian lain yang ada kaitan dengan pemberontakan,” kata Chamlong.

“Kami akan membebaskan mereka yang tidak terbabit. Kami hanya ingin menyoal mereka mengenai kegiatan terbaru di sekolah itu dan di kawasan berkenaan.”

Pihak tentera boleh menggeledah dan menahan suspek untuk disoal siasat selama 30 hari tanpa tuduhan di bawah perintah darurat yang dikuatkuasakan di wilayah berkenaan sejak Julai 2005.

Pemberontak berkenaan tidak membuat sebarang kenyataan awam secara rasmi tapi dikatakan berjuang untuk mendapatkan sebuah negeri berasingan bagi penduduk Muslim di wilayah berkenaan.

Kawasan itu pernah menjadi daerah kesultanan Islam sehingga diambil alih oleh Thailand pada awal abad ke-20.

Pasukan keselamatan sebesar 60,000 anggota pun gagal menamatkan keganasan di kawasan berkenaan setakat ini. Pihak militan menjadikan mereka yang bekerja dengan kerajaan sebagai sasaran, termasuk guru, askar, polis dan penyampai maklumat yang disyaki.

Mereka juga menyerang orang awam yang dipercayai bertujuan menakutkan masyarakat beragama Buddha. - AP

-------------------------------------------------------------------------------------------------

PATTANI 12 Okt. - Pasukan keselamatan Thailand menahan 60 pelajar dan guru agama untuk disoal siasat berhubung satu serbuan di sebuah madrasah di selatan Thai, hari ini.

Serbuan itu dilancarkan dua hari selepas sekumpulan lelaki yang disyaki puak pemisah melepaskan tembakan ke arah konvoi yang membawa seorang pegawai tinggi kerajaan di kawasan berhampiran.

Tiada sesiapa yang cedera atau terbunuh dalam serangan itu.

Dalam serbuan hari ini, 200 anggota polis dan askar menahan 60 guru dan pelajar di Sekolah Saengtham Wittaya, di daerah Bacho, wilayah Narathiwat, kata jurucakap polis, Kolonel Chamlong Ngamnet.

Menurut beliau, pihak polis mendapat maklumat bahawa sesetengah pelajar dan guru agama itu mempunyai maklumat mengenai serangan kelmarin dan selebihnya mungkin ada kaitan dengan puak pemisah.

"Kami akan membebaskan mereka yang tidak terlibat. Kami cuma mahu menyoal mereka tentang kegiatan di sekolah itu dan di kawasan berkenaan baru-baru ini," katanya.

Tentera Thailand dibenarkan memeriksa dan menahan suspek untuk disoal siasat selama 30 hari tanpa mendakwa mereka, di bawah undang-undang darurat yang dikuatkuasakan di tiga wilayah majoriti penduduk Islam, Narathiwat, Pattani dan Yala sejak Julai 2005. - AP

-------------------------------------------------------------------------------------------------

NARATHIWAT: Pasukan keselamatan menyerbu sebuah madrasah di sini semalam, menahan 60 pelajar dan guru untuk disoalsiasat.

Serbuan di daerah Bacho itu dilakukan dua hari selepas sekumpulan pejuang pemisah menyerang konvoi kereta membawa pegawai kanan kerajaan di kawasan berkenaan.

Serbuan terhadap Sekolah Saengtham Wittaya itu membabitkan 200 anggota polis dan tentera, kata jurucakap polis, Chamlong Ngamnet.

“Kami menerima maklumat bahawa ada beberapa pelajar dan guru sekolah berkenaan tahu mengenai kejadian Sabtu lalu dan ada di kalangan mereka mempunyai hubungan dengan gerakan pemisah,” katanya

Menurutnya, polis turut menemui buku mengenai serangan berani mati di sebuah bilik asrama berkenaan.

“Mereka yang tidak terbabit akan dibebaskan. Kami hanya mahu menyoalsiasat mengenai kegiatan terbaru mereka di sekolah dan di kawasan berkenaan,” katanya.

Kira-kira 3,700 orang terbunuh sejak keganasan meletus di Naratahiwat, Pattani dan Yala, tiga wilayah selatan Thai yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Penduduk Islam di wilayah berkenaan sejak sekian lama mengadu ditindas oleh Kerajaan Pusat yang dikuasai penganut Buddha.

Kehadiran 60,000 anggota keselamatan gagal mengekang keganasan yang mensasarkan pegawai kerajaan dan mereka yang disyaki menjadi tali barut pemerintah. - AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal