Bismillahirrahmanirrahim

Friday, November 6, 2009

Rakyat Thai tolak idea kerajaan autonomi


BANGKOK - Lebih separuh rakyat Thailand menentang idea penubuhan wilayah semi autonomni 'Kota Patani' di selatan negara itu yang dicadangkan pengerusi Parti Puea Thai, Chavalit Yongchaiyudh.

Keputusan tersebut didedahkan satu tinjauan pendapat yang lakukan Universiti Suan Dusit Rajabhat dengan menemu bual 364 penduduk di selatan Thailand dan beberapa kawasan lain pada 3 hingga 5 November lalu.

Tinjauan mendapati 72 peratus responden menentang idea penubuhan 'Kota Patani' itu.

Responden berpendapat cadangan tersebut akan memisahkan Thailand kepada dua bahagian dan menyebabkan jurang sosial dalam kalangan rakyat yang mampu mencetuskan keganasan dan menggugat keselamatan negara.

Hanya 17 peratus penduduk yang menyokong idea Chavalit dengan alasan cadangan itu mampu memulihkan dan meningkatkan pembangunan di selatan Thailand.

Mereka yang menyokong idea tersebut menjadikan Pataya dan Chiang Mai sebagai contoh kawasan yang berkembang maju dan membangun sebaik saja ia diisytiharkan sebagai bandar pentadbiran khas.

Menurut tinjauan, 10.6 peratus responden merasakan cadangan Chavalit itu mempunyai agenda tersembunyi dan sekadar kempen politik Parti Puea Thai.

Rata-rata responden meminta penjelasan yang lebih terperinci dan mendalam mengenai cadangan berkenaan supaya keputusan tepat dapat dibuat.

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal