Bismillahirrahmanirrahim

Sunday, December 13, 2009

Militan serbu penjara bebaskan 31 banduan

MANILA - Militan menyerbu sebuah penjara di selatan Filipina semalam dengan membebaskan 31 banduan dalam serangan yang menyebabkan dua orang terbunuh, kata pegawai-pegawai.

Timbalan Gabenor Basilan, Al Rasheed Sakalahul berkata, kumpulan 30 militan memasuki penjara selepas memecahkan tembok bangunan itu di bandar Isabela, untuk membebaskan beberapa rakan mereka.

Menurutnya, beberapa banduan lain turut mengambil kesempatan melarikan diri dalam kejadian itu.

Serangan nekad itu mencetuskan pertempuran yang mengakibatkan seorang penyerang dan seorang pengawal penjara terbunuh, katanya.

Komander tentera wilayah, Mejar Jeneral Benjamin Dolorfino berkata, antara banduan yang melarikan diri ialah pejuang Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Beliau berkata, askar-askar dan anggota polis kini memburu penyerang dan banduan yang melarikan diri.

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal