Bismillahirrahmanirrahim

Friday, January 8, 2010

2 tentera korban serangan bom di Yala

YALA: Kumpulan disyaki pejuang pemisah selatan Thai semalam meletupkan dua bom tepi jalan menyebabkan dua tentera terbunuh dan tiga polis cedera.

Satu daripada bom itu diletupkan di Yala, menggunakan telefon bimbit, hanya kira-kira 300 meter dari tempat Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva merasmikan sebatang jalan raya tiga jam selepas itu, kata jurucakap polis, Mejar Jeneral Sayan Krasesaen.


Perasmian itu berlangsung tanpa sebarang kejadian buruk.


Seorang anggota tentera terbunuh dan tiga polis cedera dalam serangan iru.


Sejam selepas letupan pertama, bom kedua diletupkan, di daerah lain di Yala, menyebabkan seorang lagi anggota tentera mati.


Thailand menempatkan puluhan ribu anggota keselamatan di selatan negara itu tetapi sehingga ini masih gagal mengekang keganasan di wilayah yang penduduknya mendakwa ditindas atas alasan perkauman dan agama. — AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal