Bismillahirrahmanirrahim

Friday, January 8, 2010

Abhisit janji undur askar

YALA - Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva berjanji akan mengundurkan askar dari selatan Thailand dan menyerahkan tanggungjawab keselamatan kepada penduduk tempatan selepas keganasan di wilayah itu mula reda.

Lawatan Abhisit ke Yala, Pattani dan Narathiwat untuk merasmikan pembukaan lebuh raya baru yang menghubungkan Yala dan Pattani kelmarin disambut dengan beberapa serangan bom.:

Salah sebuah bom meletup tidak jauh daripada tempatan upacara perasmian tersebut.

Abhisit ketika berucap di kem askar di Yala berkata, kerajaan dan pihak tentera bersetuju menyerahkan peranan menjaga keselamatan di selatan Thailand kepada renjer tentera dan penduduk tempatan sebaik saja situasi di wilayah itu pulih.

Namun, beliau tidak menyebut tarikh tertentu mengenai pengunduran askar kerajaan.

Pihak berkuasa mengetatkan kawalan keselamatan sepanjang lawatan Abhisit ke daerah Muang, Yala untuk merasmikan Lebuh Raya 418 dari Yala ke Pattani sepanjang 42 kilometer yang dihubungkan dengan Lebuh Raya 410 sepanjang 29 kilometer.

Kerja-kerja pembinaan lebuh raya itu bermula sejak 2002 dengan menelan kos sebanyak 703 juta baht (RM71 juta).

Namun, kontraktor terpaksa menghentikan projek pembinaan tersebut pada 2004 berikutan ancaman keganasan yang dicetuskan pejuang pemisah.

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal