Bismillahirrahmanirrahim

Sunday, January 17, 2010

MANILA - Kerajaan Filipina yakin dapat memeterai perjanjian damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dalam tempoh lima bulan akan datang, kata seorang pegawai Kabinet.

Setiausaha Akhbar, Cerge Remonde berkata, kerajaan yakin dengan niat baik dan keikhlasan kumpulan pemberontak dalam perbincangan keamanan itu.

"Kami yakin mencapai persetujuan yang menguntungkan kedua-dua pihak bagi perjanjian damai itu. Kami optimis bahawa rundingan damai antara MILF dan kerajaan boleh ditandatangani sebelum penggal akhir pemerintahan Presiden Gloria Macapagal Arroyo," kata Remonde.

Beliau berkata, Malaysia memainkan peranan penting dalam rundingan tersebut sebagai pihak ketiga.

MILF yang mempunyai 11,000 ahli adalah kumpulan pemberontak terbesar yang berjuang untuk membentuk kerajaan sendiri di Mindanao.

Perjanjian damai terakhir dijangka menamatkan pemberontakan penduduk Islam di selatan Filipina selama lebih empat dekad.

Seperti dipersetujui kedua-dua pihak, sebuah pasukan antarabangsa ditubuhkan baru-baru ini untuk memantau gencatan senjata.

Anggota pasukan pemantau itu berasal dari Malaysia, Qatar, Indonesia dan Norway, kata jurucakap MILF.

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal