Bismillahirrahmanirrahim

Wednesday, January 6, 2010

NARATHIWAT - Pihak berkuasa Thailand meningkatkan kawalan keselamatan di Narathiwat sempena lawatan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva ke wilayah itu, hari ini.

Abhisit dijangka menyampaikan bantuan rumah kepada keluarga yang terjejas akibat keganasan di wilayah selatan Thai itu.

Gabenor Narathiwat, Thanon Wetkornkan kelmarin mempengerusikan mesyuarat khas untuk membincangkan langkah-langkah keselamatan semasa kunjungan Abhisit ke daerah Rueso.

Thanon berkata, kira-kira 1,000 askar, polis dan kakitangan pentadbiran wilayah, termasuk pegawai berpakaian preman dikerahkan untuk menjamin keselamatan Abhisit.

Pegawai perisikan juga ditugaskan untuk mengumpul maklumat mengenai situasi di daerah berkenaan, katanya.

Lawatan Abhisit itu adalah usaha kerajaan untuk memulihkan kemarahan ahli keluarga mangsa yang terbunuh dalam keganasan di selatan Thai.

Sementara itu, pihak berkuasa wilayah menyerbu 35 lokasi di 13 daerah dalam Narathiwat yang disyaki menjadi tempat perhimpunan anggota pemberontak.

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal