Bismillahirrahmanirrahim

Friday, January 8, 2010

Letupan bom cemari lawatan Abhisit

YALA - Suspek militan meletupkan dua butir bom di wilayah majoriti penduduk Islam di selatan Thailand ketika Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva melakukan lawatan, semalam.

Letupan pertama berlaku 100 meter dari kawasan di mana Abhisit dijadualkan merasmikan sebatang jalan di bandar Yala dan mencederakan seorang anggota polis.

Letupan kedua juga berlaku di Yala tetapi tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

Polis berkata, mereka berjaya mematikan bom ketiga di jalan berhampiran.

Abhisit tiba di Narathiwat dan turut dijadualkan melawat Yala dan Pattani dalam lawatan sehari itu.

Lebih 4,100 orang terbunuh dalam pemberontakan selama enam tahun di ketiga-tiga wilayah itu yang diketuai oleh beberapa kumpulan pemisah.

Dalam keganasan berasingan, penyerang bermotosikal menembak mati seorang lelaki Buddha yang bertugas di Jabatan Meteorologi di daerah Pattani, kelmarin.

Seorang militan berusia 25 tahun terbunuh di Narathiwat kelmarin selepas bertempur dengan pasukan keselamatan yang mengawasi kawasan itu menjelang kunjungan Abhisit.

Pihak berkuasa Thailand menempatkan 1,000 anggota keselamatan termasuk enam helikopter untuk melindungi Abhisit dan pegawai kanannya ketika merasmikan jalan, memberi hadiah kepada kanak-kanak dan kunjungan ke perkampungan contoh sepanjang lawatan itu.

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal