Bismillahirrahmanirrahim

Friday, January 29, 2010

Manila, MILF teruskan rundingan di KL

KUALA LUMPUR - Kerajaan Filipina dan kumpulan pemisah Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mengadakan rundingan dua hari di Malaysia ke arah mencapai perjanjian damai bagi menamatkan konflik perang yang berlarutan berpuluh-puluh tahun lama.

Fasilitator Malaysia, Othman Razak berkata, pegawai perunding dari kerajaan Filipina dan MILF bertemu di Kuala Lumpur pada Rabu dan Khamis lalu.

Selepas enam bulan gagal menemukan penyelesaian, kedua-dua pihak bulan lalu bersetuju menyambung semula rundingan ke arah menamatkan konflik di Mindanao, selatan Filipina yang menyebabkan lebih 150,000 orang maut.

Othman berkata, pihak Manila dan MILF akan bertemu sekali lagi pada 18 dan 19 Februari nanti apabila mereka dapat mengenal pasti langkah-langkah seterusnya ke arah mencapai penyelesaian menyeluruh.

Ketua perunding Filipina, rafael Seguis berkata, tiada perkembangan dalam rundingan kali ini.

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal