Bismillahirrahmanirrahim

Saturday, February 6, 2010

2 lagi maut di Narathiwat


POLIS dan askar memeriksa mayat seorang lelaki disyaki pemisah selepas satu serbuan di Yala, wilayah selatan Thailand, semalam.

Dua kejadian babit keganasan bersenjata berlaku pada hari sama

NARATHIWAT: Seorang anggota tentera dan seorang suspek militan ditembak mati semalam dalam dua insiden berasingan di wilayah selatan Thailand yang bergolak sejak enam tahun lalu.

Polis berkata, militan berkenaan terbunuh dalam satu serbuan membabitkan 35 tentera ke atas sebuah rumah di wilayah Narathiwat pagi semalam.

Berikutan maklumat yang diterima daripada orang ramai, pasukan tentera berkenaan mengepung rumah terbabit dan menemui enam suspek militan di dalamnya.

Kedua-dua pihak berbalas tembakan selama 20 minit dan lima daripada suspek berjaya meloloskan diri. Seorang lelaki ditemui ditembak mati. Pihak tentera juga menemui peluru.

Dalam insiden lain pada tengah harinya, lima lelaki disyaki militan memakai pakaian wanita dan menaiki pikap menembak dua askar yang sedang mengawal di depan kedai runcit di Narathiwat.

Seorang daripada askar itu terbunuh manakala seorang lagi cedera.

Lebih 4,100 orang - sama ada penganut Buddha atau Muslim - terbunuh dan beberapa ribu lagi cedera dalam pemberontakan dilancarkan kumpulan pemisah di kawasan majoriti Muslim selatan Thailand sejak enam tahun lalu.

Tiada kumpulan pernah mengaku bertanggungjawab atas pemberontakan di rantau itu di mana majoriti penduduknya bercakap dialek Melayu sebagai bahasa pertama dan sekian lama mengadu dianaktirikan, terutama dari segi pendidikan dan peluang pekerjaan. - AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal