Bismillahirrahmanirrahim

Monday, February 1, 2010

MANILA: Filipina menawarkan kuasa autonomi lebih luas kepada pemisah Islam di selatan negara itu dengan harapan perjanjian perdamaian dapat menamatkan pemberontakan 40 tahun di situ, kata ketua perunding kerajaan, semalam.

Annabelle Abaya berkata, tawaran baru itu mampu meyakinkan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menandatangani perjanjian damai sebelum presiden baru Filipina mengangkat sumpah 20 Jun ini.

“Melalui autonomi lebih luas ini, presiden menawarkan perkongsian kuasa,” katanya kepada media.

Perkongsian kuasa dengan penduduk Islam termasuklah aktiviti pungutan cukai dan kawalan sumber alam semula jadi di selatan Filipina.

Tawaran itu dibuat minggu lalu di Kuala Lumpur ketika wakil MILF dan Manila bertemu dalam perjumpaan rasmi pertama sejak 2008.

Draf awal yang hampir dipersetujui dua tahun lalu dibatalkan Mahkamah Agung kerana dianggap bercanggah dengan Perlembagaan.

Annabelle berkata, tawaran terbaru kerajaan bukan bermaksud memecah-belahkan Filipina serta tidak memerlukan pindaan perlembagaan.

Sementara itu, minggu lalu MILF berkata, mereka menamatkan rundingan dengan Manila selepas kerajaan tidak menawarkan sesuatu yang baru untuk mereka.

Bagaimanapun, MILF mengesahkan rundingan akan disambung semula 18 Februari ini. Annabell berkata, 80 peratus cadangan MILF boleh dipenuhi melalui cadangan baru itu. - AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal