Bismillahirrahmanirrahim

Friday, March 19, 2010

MANILA - Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo percaya perjanjian damai masih boleh diwujudkan dengan pejuang pemisah Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Beliau berkata, cara untuk mencapai matlamat itu ialah dengan membuka saluran komunikasi antara pelbagai agama.

Menurutnya, dialog antara agama memainkan peranan penting dalam mewujudkan keamanan di wilayah Mindanao, selatan Filipina.

"Pada hakikatnya, dialog antara agama menjadi penyumbang utama kepada keamanan dan kestabilan di Mindanao," kata Arroyo.

Kerajaan Filipina berkata akan meneruskan dialog dengan MILF walaupun kumpulan itu menolak cadangan autonomi terbaru yang ditawarkan Manila.

Arroyo berharap perjanjian damai masih boleh dimeterai dengan MILF sebelum penggal perkhidmatannya berakhir pada Jun nanti.

Konflik di Mindanao sejak beberapa dekad lalu mengorbankan ribuan nyawa, termasuk orang awam.

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal