Bismillahirrahmanirrahim

Tuesday, March 2, 2010


ANGGOTA polis memeriksa kawasan letupan bom terbaru yang menyasarkan bank milik kerajaan di selatan Thailand, semalam.

Telefon bimbit, jam digital diguna untuk laksana serangan

BANGKOK: Dua orang cedera apabila lima butir bom meletup di luar sebuah bank dan mesin mengeluarkan wang (ATM ) di selatan Thailand semalam. Bagaimanapun, tiga butir bom lagi berjaya dimatikan, kata polis.

Komander Polis Narathiwat, Mejar Chaitat Inthanujit, berkata serangan itu menyasarkan bank kerajaan di wilayah itu, satu daripada tiga wilayah paling bergolak di selatan Thailand.

Lebih 4,000 orang terbunuh sejak pemberontakan bermula pada 2004, di wilayah yang mempunyai majoriti penduduk Islam dan bersempadan dengan Malaysia itu

Chaitat berkata, semua bom terbabit diaktifkan dari jarak jauh menggunakan telefon bimbit atau jam digital dan meletup sebelum bank berkenaan dibuka untuk perniagaan.

"Kami bagaimanapun berjaya mematikan tiga butir bom lain yang disembunyikan berhampiran kawasan bank berkenaan," katanya.

Seorang wanita yang bekerja sebagai tukang sapu, cedera dalam letupan berhampiran cawangan Bank Krung Thai di daerah Muang. Sementara itu, seorang lelaki berusia 26 tahun, cedera apabila bom yang disembunyikan di hadapan Bank Simpanan Kerajaan di daerah Ra-ngae, meletup. � AP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal