Bismillahirrahmanirrahim

Wednesday, May 26, 2010

ZAMBOANGA - Kumpulan pemisah Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mengalu-alukan penyertaan Indonesia ke dalam pasukan pengaman antarabangsa di Mindanao.

Kenyataan terbaru itu dikeluarkan selepas pegawai dari kedutaan Indonesia melawat markas utama MILF, hujung minggu lalu untuk mendapat maklumat mengenai peranan tentera Indonesia jika menyertai Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT).

Ketua perunding MILF, Mohagher Iqbal berkata, lawatan itu memberi peluang pegawai Indonesia mengajukan soalan dan mendapat penjelasan mengenai peranan mereka dalam IMT.

Kerajaan Filipina dan MILF sedang menunggu pengesahan daripada Indonesia dan Qatar untuk menyertai IMT, badan pemantau antarabangsa dengan 62 anggota yang diketuai oleh Malaysia.

Indonesia memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menandatangani perjanjian damai pada 1996.

Timbalan Pengerusi bagi Hal Ehwal Politik MILF, Ghazali Jaafar berkata, penyertaan Indonesia dalam proses damai di Filipina adalah satu langkah penting.:

“Kami percaya Indonesia yang menjadi anggota penting Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dapat membantu proses damai yang sedang berjalan,” katanya.

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal