Bismillahirrahmanirrahim

Saturday, November 27, 2010

PATTANI: Seorang guru agama ditembak mati dalam sebuah masjid di selatan Thailand, semalam dalam insiden keganasan terbaru di wilayah yang bergolak itu.

Kejadian itu berlaku di wilayah Pattani ketika dua lelaki yang berjemaah dalam solat Jumaat mengambil pistol mereka lalu menembak guru agama berusia 32 tahun itu, kata Kolonel Polis Pakdee Changsakul.

Polis mendakwa serangan itu dilakukan anggota kumpulan pemberontak dalam usaha mencetuskan keganasan kaum. Namun, tidak dapat dipastikan mengapa guru itu menjadi sasaran. - Reuters

Thursday, November 18, 2010

KUALA LUMPUR: Warga Malaysia yang menjadi broker rundingan damai antara kerajaan Filipina dan pemberontak Islam selama tujuh tahun, mempertahankan rekodnya semalam selepas Manila menggesa orang lain menggantikannya.

Kerajaan Filipina tidak memberi alasan rasmi mengapa ia mahu Othman Abdul Razak digantikan, namun pihak berkuasa Manila menuduh orang tengah itu memihak kepada pemberontak.

Razak menyerahkan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat keputusan sama ada untuk mengekalkannya sebagai orang tengah dalam rundingan antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) atau menggantikannya dengan orang lain.

Malaysia menjadi orang tengah rundingan itu sejak ia bermula pada 1997.

“Ia bukan gesaan saya namun bagaimana jika kerajaan saya melantik orang lain dan MILF tidak menyokongnya, atau dibantah kerajaan Filipina,” kata Othman kepada Associated Press.

Selasa lalu, ketua perunding damai kerajaan Filipina berkata, satu permintaan dihantar kepada Malaysia supaya menggantikan Razak kerana Manila ‘menghadapi kesukaran’ bekerja dengannya.

Pemberontak, bagaimanapun, membantah tuntutan kerajaan dan menggesa Malaysia mengekalkan Razak ‘untuk memastikan kesinambungan dan mengekalkan momentum proses damai.’

Pegawai Kementerian Luar Malaysia gagal dihubungi untuk mengulas pandangan Razak mengenai pendirian Manila dan MILF yang mempunyai 11,000 anggota.

Razak berkata, jika kerajaan Filipina mempercayai Malaysia ‘menjadi negara fasilitator, justeru mereka perlu mempercayai keputusan dan pilihan kerajaan saya.’

Beliau menegaskan, dia sudah berusaha bersungguh-sungguh hingga berjaya mengubah pendirian pemberontak berhubung tuntutan kemerdekaan mereka.

“Saya berupaya membina kepercayaan dan terus menjadi penghubung kedua-dua pihak. Ada orang terlalu cerewet mengenai butir-butir rundingan hingga lupa kemajuan besar yang dicapai,” katanya lagi. – AP

Wednesday, November 17, 2010

MANILA 17 Nov. - Usaha untuk menyambung semula rundingan damai di antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) ditangguhkan lagi kerana tindakan negara ini yang mahu menggantikan Malaysia sebagai orang tengah.

Kuala Lumpur telah menjadi orang tengah dalam rundingan damai itu sejak Mac 2001 bagi mencari jalan terbaik untuk menghentikan konflik yang mengorbankan lebih 120,000 orang, dua juta hilang tempat tinggal selain turut membantutkan ekonomi di kawasan yang kaya dengan sumber semula jadi itu.

Sejak 2003, wakil Malaysia, Othman Razak telah menjadi orang tengah dalam rundingan itu tetapi pegawai kanan Filipina berkata, pihaknya mendapati beliau ialah seorang yang berat sebelah.

"Penangguhan rundingan damai ini dibimbangi akan dijadikan alasan oleh beberapa pihak untuk merosakkannya.

"Kami bersedia untuk menyambung kembali rundingan damai itu, tetapi kerajaan telah menghalang perkembangannya.

"Mereka mahu menggantikan Malaysia sebagai orang tengah kerana sikap sebenar mereka yang berat sebelah terhadap umat Islam dan kami tidak akan membenarkan ia berlaku," kata Ketua Rundingan Damai MILF, Jun Mantawil.

Ketika Benigno Aquino mengangkat sumpah sebagai Presiden baru Filipina Jun lalu, beliau berjanji akan menyelesaikan konflik MILF dengan baik, tetapi sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan drastik dibuat oleh kerajaan pimpinannya.

Aquino sebelum ini berkata, beliau telah membincangkan perkara ini dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seorang pegawai kanan di bawah kepimpinan bekas Presiden, Gloria Macapagal Arroyo sebelum ini juga telah memaklumkan kepada Najib tentang perkara itu ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan.

Beberapa pegawai kanan kerajaan Filipina turut meminta Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman agar menggantikan Othman dengan individu lain ketika beliau berada di sini. - REUTERS

Tuesday, November 9, 2010

MILF berang dihina Manila

MANILA: Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mendesak kerajaan menarik balik tuduhan mereka menyalahkan pertubuhan itu dalam letupan bom memusnahkan sebuah bas pada bulan lalu.

Jurucakap MILF, Von al-Haq, berkata komen Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire Gazmin, sengaja dibuat untuk mencemar nama pertubuhan itu menjelang rundingan damai dengan wakil kerajaan.


“Kenyataan itu dibuat dengan niat merosakkan kredibiliti MILF dan menghina rundingan damai.

“Kenyataan Gazmin mesti ditarik balik,” katanya kepada media, semalam.


Minggu lalu, Gazmin berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan MILF terbabit dalam letupan bas yang mengorbankan sembilan orang di selatan Maguindanao bulan lalu.


“MILF adalah musuh negara dan bukan aneh mereka dianggap suspek,” katanya. - AFP

Monday, November 8, 2010

MILF desak Manila bersih imej

MANILA: Pemisah Islam Filipina mendesak kerajaan menarik balik kenyataan menyalahkan mereka sebagai bertanggungjawab melakukan serangan bom ke atas sebuah bas di Mindanao, 20 Oktober lalu yang menyebabkan sembilan orang terbunuh.

Mereka menegaskan, tanpa langkah itu hanya akan menjejaskan usaha damai kedua-dua belah pihak.

Jurucakap Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Von al Haq berkata, ulasan Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire Gazmin bertujuan mencemar imej kumpulan itu menjelang rundingan yang dijadual diadakan semula.

“Ia kenyataan terbuka bertujuan mempersoalkan kewibawaan MILF dan menjejaskan rundingan damai. Kami sedia berunding dengan kerajaan tetapi kenyataan itu mesti ditarik balik,” kata al Haq yang dihubungi wartawan melalui telefon dari Mindanao.

Al Haq berkata, MILF memfailkan bantahan rasmi membabitkan dakwaan itu dengan jawatankuasa bersama yang memantau perjanjian gencatan senjata bagi kedua-dua belah pihak. – AFP

MANILA 8 Nov. - Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mendesak kerajaan menarik balik kenyataan yang menuduh pihaknya bertanggungjawab di atas kejadian pengeboman sebuah bas pada bulan lalu, dengan memberi amaran ia mungkin menggagalkan rundingan damai yang akan disambung semula bulan ini.

Jurucakap MILF, Von al Haq berkata, kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Pertahanan Voltaire Gazmin itu bertujuan mencemarkan nama baik MILF menjelang rundingan damai itu.

"Ia adalah satu pengumuman terbuka yang bertujuan menjejaskan kredibiliti MILF dan menggagalkan rundingan damai.

"Kami bersedia duduk semeja dengan kerajaan. Bagaimanapun kenyataan itu perlu ditarik balik terlebih dahulu," katanya melalui telefon kepada AFP dari pulau Mindanao, hari ini.

Al Haq berkata, MILF juga telah memfailkan satu bantahan rasmi berhubung dakwaan tersebut dengan satu jawatankuasa bersama yang sedang mengawasi perjanjian gencatan senjata antara kedua-dua pihak.

"Kami menolak sekeras-kerasnya kenyataan itu kerana tiada seorang pun ahli kami terlibat dalam insiden tersebut," jelasnya.

Gazmin pada minggu lalu berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan MILF terlibat dalam kejadian pengeboman yang mengorbankan sembilan nyawa di wilayah Maguindanao pada bulan lalu.

Bagaimanapun, Setiausaha Pertahanan itu hari ini berkata, adalah menjadi prosedur biasa untuk penyiasat melihat sama ada MILF mempunyai kaitan dengan pihak yang melakukan serangan tersebut.

"Mereka adalah musuh negara. Jika anda musuh negara, anda pasti berada dalam senarai suspek," kata Gazmin kepada pemberita.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang bukti kukuh menunjukkan kepimpinan MILF secara langsung terlibat dalam serangan itu. - AFP

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal