Bismillahirrahmanirrahim

Thursday, November 18, 2010

KUALA LUMPUR: Warga Malaysia yang menjadi broker rundingan damai antara kerajaan Filipina dan pemberontak Islam selama tujuh tahun, mempertahankan rekodnya semalam selepas Manila menggesa orang lain menggantikannya.

Kerajaan Filipina tidak memberi alasan rasmi mengapa ia mahu Othman Abdul Razak digantikan, namun pihak berkuasa Manila menuduh orang tengah itu memihak kepada pemberontak.

Razak menyerahkan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat keputusan sama ada untuk mengekalkannya sebagai orang tengah dalam rundingan antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) atau menggantikannya dengan orang lain.

Malaysia menjadi orang tengah rundingan itu sejak ia bermula pada 1997.

“Ia bukan gesaan saya namun bagaimana jika kerajaan saya melantik orang lain dan MILF tidak menyokongnya, atau dibantah kerajaan Filipina,” kata Othman kepada Associated Press.

Selasa lalu, ketua perunding damai kerajaan Filipina berkata, satu permintaan dihantar kepada Malaysia supaya menggantikan Razak kerana Manila ‘menghadapi kesukaran’ bekerja dengannya.

Pemberontak, bagaimanapun, membantah tuntutan kerajaan dan menggesa Malaysia mengekalkan Razak ‘untuk memastikan kesinambungan dan mengekalkan momentum proses damai.’

Pegawai Kementerian Luar Malaysia gagal dihubungi untuk mengulas pandangan Razak mengenai pendirian Manila dan MILF yang mempunyai 11,000 anggota.

Razak berkata, jika kerajaan Filipina mempercayai Malaysia ‘menjadi negara fasilitator, justeru mereka perlu mempercayai keputusan dan pilihan kerajaan saya.’

Beliau menegaskan, dia sudah berusaha bersungguh-sungguh hingga berjaya mengubah pendirian pemberontak berhubung tuntutan kemerdekaan mereka.

“Saya berupaya membina kepercayaan dan terus menjadi penghubung kedua-dua pihak. Ada orang terlalu cerewet mengenai butir-butir rundingan hingga lupa kemajuan besar yang dicapai,” katanya lagi. – AP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal