Bismillahirrahmanirrahim

Thursday, May 27, 2010

MILF singkir komander radikal

MANILA 26 Mei - Kumpulan pemisah Islam terbesar Filipina menyingkirkan seorang komandernya yang dipersalahkan kerajaan kerana dituduh mencetuskan peningkatan siri keganasan pada 2008 dan menyatakan ia bersedia mengadakan rundingan damai dengan kerajaan baru.

Jika satu penyelesaian dapat dicapai dan dikekalkan berhubung konflik yang berlaku, ia mampu menamatkan risiko pelaburan yang sudah membelenggu Filipina sekian lama dan berpotensi menarik pelaburan untuk mencari gali minyak pesisir pantainya, simpanan gas serta lombong yang belum diusahakan di kepulauan selatan.

Ketua perunding keamanan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Mohaqher Iqbal berkata, komander radikal, Ustaz Ameril Ombra Kato dari pangkalan ke-105 MILF, sudah digantikan dengan pegawai lebih sederhana iaitu Zacaria Goma. Ameril kini sedang disiasat.

"Ameril tidak lagi mempunyai hubungan dengan pasukan ketenteraan kami.

"Penyingkiran itu adalah sebahagian daripada penyusunan semula kami untuk menjadikan pasukan ini lebih berkeyakinan dan memberi permulaan yang baru untuk mengadakan rundingan damai di bawah kerajaan selepas ini.

"Kami hanya mahu menunjukkan kami amat serius dalam meneruskan keamanan," katanya kepada Reuters.

Senator Benigno Aquino III dijangka diumumkan sebagai Presiden baru oleh Kongres pada bulan depan menggantikan pentadbiran penuh kontroversi Presiden Gloria Macapagal Arroyo yang akan tamat pada 30 Jun ini.

Menurut Mohaqher, MILF juga menggantikan ketua panel gencatan senjata dan jurucakap bagi tenteranya. - Reuters

Wednesday, May 26, 2010

This summary is not available. Please click here to view the post.

Monday, May 17, 2010

MILF sedia temui Aquino

MANILA 17 Mei - Kumpulan pemisah semalam menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan damai dengan bakal Presiden baru Filipina, Benigno Aquino III selepas tidak banyak kemajuan dicapai di bawah pentadbiran ketika ini, dengan harapan mandat yang dimenangi beliau dapat membawa kepada tamatnya pemberontakan selama berpuluh tahun.

Jurucakap Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Mohagher Iqbal bagaimanapun berkata, kumpulan itu akan menyimpan harapan mengenai prospek perjanjian damai di bawah pentadbiran Aquino kelak, dengan merujuk kepada rundingan yang berjalan lancar dengan kerajaan Presiden Gloria Macapagal Arroyo sebelum ia gagal.

"Kemenangan Aquino tidak dicemari dakwaan penipuan undi seperti Arroyo. Beliau mempunyai kuasa moral sebagai Presiden dan itu menambahkan lagi pengaruhnya," kata Iqbal lagi.

Pentadbiran penuh kontroversi Arroyo akan tamat pada 30 Jun ini.

MILF mengucapkan tahniah kepada Aquino atas kemenangan beliau, yang mana laman webnya menyatakan dia berhak 'disukai ramai' kerana hampir mustahil memenangi pilihan raya berikutan keputusannya yang lewat untuk menyertai pertandingan merebut jawatan tersebut.

"Noynoy adalah lelaki yang baik, namun sebagai Presiden perlu kekal sedemikian," kata MILF lagi dengan merujuk nama timangan Aquino.

MILF turut memuji mendiang ibu bapa Aquino sebagai dua ikon prodemokrasi yang menyokong kebajikan minoriti beragama Islam.

Perjuangan pemerintahan Islam di selatan Filipina oleh MILF, kumpulan gerila terbesar dengan anggaran 11,000 pejuang, akan menjadi satu isu besar keselamatan yang bakal memeningkan Aquino. - AP

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal