Bismillahirrahmanirrahim

Friday, January 21, 2011

3 penduduk Muslim ditembak mati

YALA: Tiga lagi penduduk awam beragama Islam termasuk pasangan suami isteri ditembak mati di Selatan Thailand, kata polis semalam.

Lelaki yang tidak dikenali membunuh lelaki berusia 33 tahun dan isterinya berusia 23 tahun di pasar malam di wilayah Narathiwat.

Dalam kejadian berasingan pada malam yang sama, lelaki berusia 23 tahun ditembak mati di wilayah Yala.

Dua pegawai polis, yang baru selesai tugas menjaga keselamatan guru tempatan, turut cedera dalam letupan di wilayah Pattani.

Pertumpahan darah itu kembali selepas kumpulan bersenjata menyerang pangkalan tentera Thailand di Narathiwat malam Rabu lalu yang menyebabkan empat tentera cedera dan mencederakan beberapa lagi.

Pemberontak sudah berlaku di bahagian wilayah Selatan Thailand sejak awal 2004, menyebabkan 4,000 mati termasuk penduduk beragama Islam dan Buddha.

Selasa lalu, Thailand melanjutkan peraturan darurat di kebanyakan wilayah majoriti Islam kepada tiga bulan lagi, walaupun kumpulan hak asasi bimbang dengan kuasa yang diserahkan kepada tentera. – AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal