Bismillahirrahmanirrahim

Monday, January 17, 2011

Abhisit temui 4,000 guru di Pattani

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva akan bertemu kira-kira 4,000 guru dari selatan negara itu hari ini apabila beliau menyertai majlis di Pattani sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan.

Seramai 138 guru terbunuh dalam serangan pemberontakan sejak tujuh tahun lalu.

Kejadian terbaru membabitkan seorang guru maut dalam kejadian tembakan di daerah Muang, Pattani kelmarin.

Ia adalah lawatan pertama Abhisit ke wilayah sempadan selatan selepas perintah darurat ditarik balik di satu bahagian Pattani dan empat daerah di Songkhla.

Pengerusi Gabungan Guru di Tiga Wilayah Sempadan Selatan, Boonsom Thongsriplai, berkata Perdana Menteri akan menghadiri satu majlis memperingati guru yang terbunuh dalam kejadian keganasan di selatan.

Satu pameran juga diadakan sempena penghormatan kepada mereka yang kehilangan nyawa dalam keganasan terbabit selain upacara agama Buddha dan bagi penduduk Islam serta Kristian.

Abhisit akan melawat daerah Mae Lan di Pattani, di mana ia dilihat sebagai satu kes kajian bagi perintah darurat yang ditarik balik di wilayah terbabit, sempena satu program kebajikan kerajaan di sana. – Agensi

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal