Bismillahirrahmanirrahim

Thursday, January 20, 2011

Empat askar Thai maut kena serang

Pemberontak serang kem di wilayah selatan

NARATHIWAT: Berpuluh-puluh pemberontak bersenjata membunuh sekurang-kurangnya empat askar Thailand dan mencederakan beberapa lagi dalam satu serbuan ke atas sebuah kem tentera di wilayah selatan Thailand dengan majoriti penduduk beragama Islam.

Dalam satu serangan luar biasa di wilayah yang dilanda pemberontakan itu, kira-kira 50 militan menyerang unit terbabit di wilayah Narathiwat petang kelmarin, mencetuskan satu pertempuran senjata, kata Kolonel Banphot Poonpien.

“Empat askar terbunuh dalam serangan itu dan tujuh lagi cedera. Daripada jumlah itu empat dalam keadaan kritikal,” katanya.

Militan melarikan lebih 50 raifal dan kira-kira 5,000 peluru dalam serbuan terbabit, meletupkan bom dan membakar dua rumah serta sebuah khemah dalam pangkalan terbabit, kata satu kenyataan dari ibu pejabat tentera selatan Thailand.

Tentera yang terbunuh berusia antara 23 hingga 33 tahun.

Kumpulan pemisah melancarkan kempen ganas di wilayah selatan yang bersempadan dengan Malaysia sejak awal 2004, menyebabkan lebih 4,400 orang maut kedua-dua mereka adalah penduduk Islam dan Buddha.
Dalam kejadian Selasa lalu, Thailand melanjutkan perintah darurat di kebanyakan wilayah selatan dengan majoriti penduduk Islam selama tiga bulan lagi, walaupun kumpulan hak asasi bimbang mengenai kuasa yang diberikan kepada tentera.

Suthep Thaugsuban, timbalan perdana menteri yang memantau keselamatan negara berkata pihak militan melancarkan serangan baru untuk menakutkan penduduk tempatan.

“Mereka mahu menunjukkan kekuatan mereka,” katanya kepada pemberita, sehari selepas membuat lawatan ke wilayah yang bermasalah itu.

Lebih 60,000 pegawai keselamatan ditempatkan di wilayah itu untuk berhadapan dengan militan yang tidak jelas tujuan mereka.

Pengkritik mendakwa kerajaan gagal untuk menangani rasa terkilan penduduk Melayu Islam Thailand yang juga golongan minoriti di negara itu termasuk dakwaan penderaan oleh pihak tentera dan kurangnya rasa hormat terhadap etnik, identiti, bahasa dan wilayah terbabit. – AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal