Bismillahirrahmanirrahim

Wednesday, January 12, 2011

MANILA: Kerajaan Filipina dan kumpulan pemisah terbesar negara itu Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan mengadakan pertemuan tidak rasmi di Kuala Lumpur hari ini untuk memulakan rundingan bagi mengakhiri konflik yang sudah berlarutan selama 40 tahun.

Perbincangan bagi mengemukakan pelbagai pendapat itu disahkan sumber kedua-dua pihak perunding. Mereka adalah kumpulan pertama mengadakan pertemuan sejak Presiden Benigno Aquino menubuhkan jawatankuasa baru Julai lalu bagi mengadakan rundingan dengan MILF.

“Kami berharap dapat kembali memulakan rundingan rasmi awal bulan depan selepas bersetuju dengan syarat asas yang baru, termasuk fasilitator baru dari kerajaan Malaysia. Perbincangan ini adalah pencapaian besar dalam proses damai.
“Kami akan mengeluarkan kenyataan media selepas mesyuarat,” kata seorang jurucakap jawatankuasa perundingan yang enggan namanya didedahkan. – Reuters
Malaysia menjadi negara penganjur rundingan sejak 2001 bagi mengakhiri konflik yang sudah mengorbankan lebih 120,000 orang dan menjejaskan pembangunan di wilayah selatan Filipina.

Wilayah itu dipercayai kaya dengan sumber galian, minyak dan gas asli.
Seorang anggota jawatankuasa perundingan daripada pihak pemisah mengesahkan pertemuan yang akan diadakan dan berkata ia mampu mengurangkan ketegangan yang melanda wilayah itu. – Reuters

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal