Bismillahirrahmanirrahim

Tuesday, January 18, 2011

BANGKOK - Kerajaan Thailand hari ini melanjutkan perintah darurat yang dikuatkuasakan di selatan negara ini sejak 2004 selama tiga bulan lagi.

Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva berkata, perintah itu dilanjutkan dari 20 Januari hingga 19 April ini.

Perintah itu meliputi Pattani, Yala dan Narathiwat serta semua daerah di tiga wilayah berkenaan, kecuali daerah Mae Lan di Pattani, yang ditarik balik baru-baru ini setelah keadaan kembali normal.

"Perintah itu perlu dilanjutkan di kawasan lain, tapi saya akan minta Kabinet menimbang semula keputusan berkenaan sekiranya keadaan mengizinkan," kata Abhisit selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet dekat sini.

Lebih 4,000 orang terbunuh sejak kumpulan pemisah dikatakan menyambung kempen bersenjata mereka untuk menuntut kemerdekaan bagi tiga wilayah berkenaan sejak tujuh tahun lepas. - BERNAMA

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal