Bismillahirrahmanirrahim

Sunday, February 20, 2011

17 cedera kena bom

POLIS Thailand memeriksa  kereta yang dibom di Narathiwat, kelmarin.
POLIS Thailand memeriksa kereta yang dibom di Narathiwat, kelmarin.
Narathiwat terus bergolak

NARATHIWAT: Sekurang-kurangnya 17 cedera apabila kumpulan disyaki pemisah melancarkan serangan bom tangan di kelab karaoke sebelum meletupkan sebutir lagi bom kereta di kawasan berhampiran.
Pegawai kanan polis, Kapten Suchart Meelampong berkata dua pekerja wanita cedera dalam serangan bom jenis M-79 di sebuah bar di Narathiwat malam kelmarin, disusuli satu letupan bom di depan sebuah rumah urut hanya kira-kira 100 meter dari situ, menyebabkan 15 orang cedera, empat daripadanya parah.
“Letupan kedua pula berlaku ketika gabenor wilayah dan polis membuat penyiasatan serangan bom pertama. Mereka yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran,” katanya.

Beliau berkata dua budak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan juga cedera dalam kejadian itu.

Serangan menyebabkan empat bangunan kedai dan puluhan kenderaan termasuk motosikal dan trak yang diletakkan berhampiran rosak teruk.

Serangan ini adalah yang kedua dalam tempoh seminggu di wilayah bergolak selatan Thailand. Pada 13 Februari lalu, sebutir bom yang disembunyikan di dalam sebuah kereta meletup di Yala, menyebabkan 18 orang cedera manakala beberapa bangunan juga terbakar.
Kempen pemisah di wilayah bergolak di selatan Thailand yang bermula sejak 2004 sudah menyebabkan 4,400 orang Islam dan Buddha terbunuh.

Keganasan bagaimanapun dilaporkan semakin meningkat sejak kebelakangan ini, antaranya termasuk serangan bom yang menyebabkan sembilan orang terbunuh di Yala bulan lalu dan serangan ke atas sebuah pangkalan tentera mengakibatkan empat askar maut. – AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal