Bismillahirrahmanirrahim

Sunday, February 20, 2011



Anggota daripada skuad bom Thailand memeriksa tempat kejadian sebuah kereta sarat dengan bom meletup yang dipasang oleh kumpulan pemisah Thailand di wilayah Narathiwat, di selatan negara itu, semalam. - AFP


BANGKOK 20 Feb. - Penyerang tidak dikenali mengumpan polis dan orang ramai dengan melepaskan tembakan senjata api sebelum melancarkan serangan kedua menggunakan bom seberat 20kg yang menyebabkan 17 orang cedera teruk, termasuk anggota polis dan empat kanak-kanak di pusat bandar Narathiwat, malam tadi.

Gabenor Narathiwat Tanon Vechakornthanon berkata, penyerang yang menaiki sebuah motosikal melepaskan tembakan ke arah sebuah pusat karaoke pada pukul 7.30 malam dan kemudian meletupkan bom berkenaan dari jarak 100 meter apabila polis datang untuk menyiasat kes serangan pertama sambil dikerumuni orang ramai.

"Dua pekerja wanita cedera dalam serangan pertama, manakala 15 lagi cedera dalam serangan kedua," katanya tanpa memberi maklumat terperinci tentang mereka yang cedera.

Beliau berkata, bom buatan sendiri itu disembunyikan di dalam sebuah kereta yang diletakkan berhampiran tempat kejadian sebelum diletupkan dari jarak jauh menggunakan telefon bimbit.

Letupan itu turut memusnahkan empat rumah dan 12 kenderaan, katanya.

"Penyerang berniat mencetuskan keadaan huru-hara di bandar ini melalui serangan terancang dengan melepaskan tembakan pertama untuk menarik perhatian polis dan orang ramai, sebelum melancarkan serangan kedua," katanya. - BERNAMA

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal