Bismillahirrahmanirrahim

Sunday, February 13, 2011

18 cedera letupan bom

ANGGOTA bomba dan keselamatan bekerjasama memadamkan api di sebuah bangunan selepas serangan bom kereta di Yala, semalam.
ANGGOTA bomba dan keselamatan bekerjasama memadamkan api di sebuah bangunan selepas serangan bom kereta di Yala, semalam.

Bahan letupan diletak dalam trak dekat kedai runcit, bank

YALA: Sebutir bom kereta meletup di luar sebuah bank berdekatan beberapa kedai di wilayah selatan Thailand menyebabkan sekurang-kurangnya 18 orang cedera termasuk empat anggota tentera.
Letupan berlaku kira-kira 9.30 pagi waktu tempatan di Yala, satu daripada tiga wilayah bersempadan selatan Thai yang berada di bawah perintah darurat sejak 2005.
“Ada sebutir bom disembunyikan dalam alat pemadam api sebuah trak pikap yang diletakkan di hadapan sebuah kedai runcit berhampiran bank Siam City,” kata seorang pegawai polis tempatan.

“Ia menyebabkan satu kebakaran di kedai berhampiran dan mencederakan kira-kira lapan orang.” Letupan itu menyebabkan kedai berdekatan terbakar. Empat daripada mangsa parah, tiga daripadanya anggota polis.

Selepas melihat rakaman kamera televisyen di kawasan kejadian menunjukkan seorang lelaki meletakkan traknya di tengah bandar itu sebelum 7.30 pagi waktu tempatan dan dipercayai meletupkan bom dari jauh ketika askar lalu.

Api hanya dapat dipadamkan selepas tiga jam. Kerosakan terhadap kedai dan tempat berdekatan dianggarkan menyebabkan kerugian 10 juta baht (RM990,906).
Pemisah melancarkan kempen keganasan di wilayah paling selatan Thailand sejak awal 2004, menyebabkan lebih 4,400 orang termasuk penduduk Islam dan Buddha menjadi korban dalam serangan hampir setiap hari.

Keganasan semakin meningkat sejak kebelakangan ini termasuk satu serangan bom di wilayah Yala yang membunuh sembilan penduduk kampung bulan lalu dan serangan bom berdarah luar biasa yang dilakukan militan seminggu sebelum itu terhadap sebuah kem tentera yang menyebabkan sekurang-kurangnya empat askar maut.

Khamis lalu, tiga orang termasuk seorang guru ditembak mati manakala mayat mereka dibakar berhampiran wilayah Pattani yang berjiran dalam satu siri serangan senjata di wilayah itu, minggu lalu. – AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal