Bismillahirrahmanirrahim

Wednesday, February 2, 2011

4 sekeluarga ditembak mati

YALA: Sekumpulan lelaki disyaki militan Islam menembak mati satu keluarga empat orang di kediaman mereka di selatan Thai, semalam.

Polis berkata, kumpulan berkenaan kemudian mencampakkan mayat mangsa yang beragama Buddha di kawasan hutan.

Mayat lelaki berusia 43 tahun, isteri berumur 33 tahun. anak perempuan mereka berusia 16 tahun dan anak lelaki, tujuh tahun, ditemui di hutan berhampiran landasan kereta api di Yala.

Pegawai kanan polis, Mejar Jeneral Chote Chawalwiwat berkata, penduduk tempatan mendengar bunyi tembakan di rumah keluarga itu lewat kelmarin tetapi terlalu takut untuk keluar dan menyiasat.

“Mereka satu-satunya keluarga Buddha yang tinggal di kampung berkenaan. Militan terbabit mahu menakutkan dan mengusir semua penganut Buddha,” kata Chote.

Kumpulan militan Islam melancarkan kempen keganasan di selatan Thai sejak awal 2004, menyebabkan lebih 4,400 orang terbunuh, termasuk penduduk Islam dan Buddha.

Pertempuran dikatakan semakin meningkat baru-baru ini dengan serangan bom di Yala yang meragut sembilan nyawa penduduk kampung minggu lalu di samping serangan terhadap sebuah pangkalan tentera minggu sebelumnya yang menyebabkan sekurang-kurangnya empat anggota tentera terbunuh.

Thailand melanjutkan perintah berkurung pada 18 Januari lalu di kebanyakan wilayah yang mempunyai majoriti penduduk Islam selama tiga bulan lagi walaupun kumpulan hak asasi manusia menyuarakan kebimbangan terhadap kuasa yang diberikan kepada tentera. - AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal