Bismillahirrahmanirrahim

Thursday, February 3, 2011

5 maut kumpulan bersenjata serang kedai



Beberapa orang penduduk Buddha dari sebuah kampung di wilayah Pattani meratapi kematian rakan mereka dalam satu kejadian serangan ke atas sebuah kedai kopi di wilayah itu, semalam. – REUTERS


YALA, Thailand 3 Feb. – Lima orang terbunuh, manakala tiga lagi cedera apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kedai kopi di Pattani, hari ini.

Menurut polis, penyerang yang bersenjatakan raifal automatik melepas tembakan ke arah sekumpulan orang yang berkumpul di hadapan kedai berkenaan untuk membeli keperluan harian.

‘‘Lima orang terbunuh di tempat kejadian, manakala tiga lagi cedera termasuk seorang cedera parah,’’ kata satu laporan polis.

Dalam kejadian berasingan, seorang penoreh getah ditemui mati dengan kesan dikelar di lehernya di daerah yang sama, pagi ini.

Polis berkata, lelaki berumur 49 tahun itu turut dipukul di kepala dengan senjata tumpul.

Keganasan di selatan negara ini, semakin meningkat, baru-baru ini dengan satu letupan bom berlaku di Yala mengakibatkan sembilan penduduk terbunuh minggu lepas dan serangan bersenjata ke atas pangkalan tentera pada dua minggu lepas menyebabkan empat askar mati.

Thailand melanjutkan perintah darurat di wilayah selatan pada 18 Januari lalu selama tiga minggu lalu, walaupun kumpulan hak asasi manusia melahirkan kebimbangan berhubung kuasa yang diberikan kepada pihak tentera. – AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal