Bismillahirrahmanirrahim

Monday, February 7, 2011

Filipina bimbang perpecahan MILF

COTABATO 6 Feb. - Ketua perunding damai kerajaan Filipina, Marivic Leonen melahirkan kebimbangan dengan tindakan seorang komander kanan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) berpecah daripada pertubuhan pemisah itu sebelum rundingan damai dijadual bermula pada minggu depan.

Leonen hari ini memberi amaran, langkah Ameril Umbrakato untuk berpecah daripada MILF boleh menjejaskan rundingan antara kerajaan dengan kumpulan pemisah tersebut.

"Kerajaan memandang serius laporan mengenai pengunduran seorang komander MILF yang dikenali dan mengharapkan penjelasan daripada panel perunding damai MILF," kata Leonen dalam satu kenyataan.

Beliau yang dijadual menemui para perunding MILF mulai Rabu ini bagi melancarkan semula rundingan yang tergendala berkata, kerajaan mahu mencapai penyelesaian dengan MILF yang mempunyai 12,000 anggota itu 'secepat mungkin'.

Namun semalam, seorang pegawai kanan MILF mengesahkan, pertubuhan itu menghadapi pemberontakan yang mungkin serius di kalangan anggotanya selepas Umbrakato meninggalkan MILF tujuh bulan lalu membawa sekurang-kurangnya 1,000 pejuang bersenjata bersama-samanya.

Umbrakato adalah salah seorang komander MILF yang melanggar gencatan senjata pertubuhan itu dengan kerajaan Manila pada 2008 untuk melancarkan serangan maut ke atas perkampungan Kristian di selatan Filipina, menyebabkan hampir 400 orang terbunuh dan 70,000 melarikan diri.

Serangan itu membawa kepada pembekuan proses damai yang kini hendak dipulihkan berikutan pemilihan Presiden baru pada Mei lepas, Benigno Aquino yang telah merombak pasukan perunding damai kerajaan.

Baru-baru ini tersebar video menunjukkan Umbrakato mengumumkan beliau menubuhkan sebuah kumpulan bersenjata baru untuk meneruskan perjuangan bagi menegakkan sebuah negara Islam merdeka di selatan Filipina.

Tindakan Umbrakato itu ialah kes terbaru komander MILF tidak menghiraukan arahan daripada pucuk pimpinan pertubuhan pemisah tersebut. - AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal