Bismillahirrahmanirrahim

Thursday, February 3, 2011

Komander MILF, MNLF bertempur

MANILA 3 Feb. - Seramai 13 orang terbunuh dan beribu-ribu penduduk melarikan diri akibat pertempuran yang berpunca daripada perebutan tanah antara dua kumpulan pemisah Islam di selatan Filipina.

Pertempuran kecil diketuai oleh komander dua puak bertelagah di pulau Mindanao itu sudah berlarutan sejak beberapa minggu lalu, dengan pertempuran terbaru berlaku semalam, kata jurucakap tentera wilayah, Mejar Marlowe Patria, hari ini.

"Pada mulanya mereka menggertak satu sama lain tetapi pertempuran mula meletus pada 9 Januari.

"Pertempuran itu terhenti seketika sebelum tercetus semula, semalam" kata Patria.

Katanya, 13 orang daripada kedua-dua pihak terbunuh, manakala sembilan lagi cedera, sementara 800 keluarga terdiri daripada kira-kira 3,000 orang meninggalkan kawasan pertempuran dan kini mendapat perlindungan daripada kerajaan tempatan.

Perbalahan itu adalah antara seorang komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) iaitu kumpulan pemisah Islam yang berasal dari selatan negara ini, dengan seorang komander Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Jurucakap MILF, Mohager Iqbal berkata, dua komander tersebut bertempur kerana hendak merebut lebih 1,000 hektar tanah, dan para pemimpin kedua-dua puak cuba campur tangan untuk menghentikan keganasan.

"Bukan MNLF dan MILF yang berperang. Cuma antara sesetengah anggota MILF dengan beberapa anggota MNLF," kata Iqbal. - AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal