Bismillahirrahmanirrahim

Sunday, February 13, 2011

Letupan di Thailand 18 cedera



Pasukan keselamatan dan anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran bangunan kedai akibat letupan bom dalam sebuah trak di wilayah Yala, selatan Thai, semalam. - REUTERS


YALA 13 Feb. - Satu letupan kenderaan yang menggegarkan selatan Thailand hari ini menyebabkan 18 orang cedera, termasuk empat anggota tentera.Insiden berlaku pada kira-kira pukul 9.30 pagi waktu tempatan (10.30 pagi waktu Malaysia) di Yala, satu daripada tiga wilayah bergolak di selatan negara ini yang diletakkan di bawah perintah darurat sejak 2005.

"Bom itu disembunyikan di dalam bekas pemadam api yang diletakkan di dalam sebuah trak yang diletakkan di hadapan sebuah kedai berhampiran Siam City Bank.

"Ia menyebabkan kedai itu terbakar dan mengakibatkan ramai yang cedera, termasuk empat orang yang parah," kata seorang pegawai polis tempatan.

Pemberontakan di selatan Thailand yang melancarkan kempen keganasan sejak 2004 telah mengorbankan lebih 4,000 orang.

Khamis lalu, tiga orang awam termasuk seorang guru ditembak mati dan mayat mereka dibakar di Pattani, wilayah berhampiran. - AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal