Bismillahirrahmanirrahim

Sunday, February 6, 2011

MILF berpecah

SULTAN KUDARAT: Kumpulan pejuang Islam terbesar Filipina, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mengakui pertubuhan itu berpecah selepas seorang pemimpin kanannya meninggalkan mereka.

Keadaan itu sekali gus mengancam proses rundingan damai MILF dengan Manila bagi mencari penyelesaian di wilayah selatan Filipina.

Pengerusi MILF, Murah Ebrahim, berkata pihaknya masih berunding dengan kumpulan serpihan itu untuk memujuk mereka kembali bersatu.

“Kami menghantar beberapa ulama untuk bertemu dan berbincang bagi memulihkan keadaan,” katanya semalam.

Tujuh bulan lalu, Ameril Umbrakato meninggalkan MILF bersama sekurang-kurangnya 1,000 pengikut atas alasan pemimpin pergerakan itu kini meninggalkan matlamat perjuangan asal mereka untuk menubuhkan sebuah negara Islam merdeka.

MILF dianggotai kira-kira 12,000 pejuang.

Pergerakan kemerdekaan itu memulakan perjuangan - melalui Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menubuhkan sebuah wilayah merdeka di Mindanao sejak 1978.

Bagaimanapun, apabila MNLF berdamai dengan Manila pada 1996, sekumpulan anggotanya berpecah dan menubuhkan MILF Perkembangan terbaru itu akan menyukarkan rundingan damai MILF - Manila yang sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur pada Rabu ini. - AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal