Bismillahirrahmanirrahim

Wednesday, February 2, 2011

Militan disyaki bunuh 4 sekeluarga

ANGGOTA polis menyiasat tempat kejadian empat sekeluarga mati dibunuh yang dihumban di hutan dekat landasan kereta api, di wilayah Yala, kelmarin.
ANGGOTA polis menyiasat tempat kejadian empat sekeluarga mati dibunuh yang dihumban di hutan dekat landasan kereta api, di wilayah Yala, kelmarin.
Mayat penduduk Buddha ditemui di hutan dekat landasan kereta api

YALA: Sekumpulan lelaki disyaki militan menembak dan membunuh empat sekeluarga dalam kejadian di rumah mereka di selatan Thailand sebelum menghumban mayat penduduk Buddha itu di hutan berhampiran.

Mayat seorang lelaki berusia 43 tahun, wanita berusia 33 tahun bersama anak perempuan mereka berusia 16 tahun dan anak lelaki berusia tujuh tahun ditemui di hutan itu berhampiran landasan kereta api kelmarin, di wilayah Yala yang dilanda pemberontakan.

Mejar Jeneral Chote Chawalwiwat, berkata penduduk tempatan memberitahu polis mereka mendengar bunyi tembakan di rumah keluarga terbabit, di wilayah berjiran Narathiwat lewat Isnin tetapi takut untuk keluar menyiasat keadaan.
“Mereka satu-satunya keluarga Buddha yang tinggal di kampung terbabit, jadi pihak militan mahu menakutkan dan menghapuskan penduduk Buddha,” katanya.

Pemberontak melancarkan kempen ganas di wilayah paling selatan Thailand yang bersempadan Malaysia sejak awal 2004 menyebabkan lebih 4,400 orang maut termasuk kedua-dua penduduk Islam dan Buddha.

Pertempuran dilihat semakin meningkat baru-baru ini dengan satu serangan bom dilaporkan di wilayah Yala membunuh sekurang-kurangnya sembilan penduduk kampung minggu lalu, manakala satu serangan oleh pemberontak bersenjata seminggu sebelum itu di sebuah kem tentera membunuh sekurang-kurangnya empat tentera.

Thailand melanjutkan perintah darurat pada 18 Januari di wilayah dengan majoriti penduduk Islam selama tiga bulan walaupun kumpulan hak asasi kemanusiaan menyatakan kebimbangan ia lebih memberikan kuasa kepada tentera. – AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal