Bismillahirrahmanirrahim

Thursday, April 28, 2011

KUALA LUMPUR 27 April – Kumpulan pemberontak Islam terbesar di Filipina, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) hari ini menggesa kerajaan negara itu supaya mempercepatkan rundingan damai.

Kumpulan itu, bagaimanapun masih tidak jelas dengan rancangan mereka untuk menyelesaikan isu berhubung komander MILF yang membentuk kumpulan baru, sekali gus mengancam proses damai.

Ketua perunding pemberontak, Mohagher Iqbal berkata, rundingan damai telah diadakan sejak 1997 antara kedua-dua pihak dan ia adalah satu ‘proses yang terlalu lama’.

Beliau menggesa kerajaan Filipina menghantar draf perjanjian komprehensif ketika kedua-dua pihak mengadakan rundingan seterusnya yang dijadualkan pada Jun ini di Kuala Lumpur.

Mohagher berkata, mereka kini berusaha menyelesaikan masalah berhubung komander Ameril Umbra Kato yang menolak berunding dengan kerajaan kerana mendakwa ia tidak membawa hasil besar, walaupun telah bertahun-tahun rundingan diadakan.

Ameril yang mempunyai beratus-ratus pengikut telah menubuhkan kumpulannya sendiri, tetapi menggambarkan bahawa dia masih di bawah MILF.

“Kami kini berusaha keras untuk menyedarkan Ameril bahawa dia telah melakukan kesilapan, tetapi lebih banyak usaha akan dilakukan dan kami tidak akan menyerah kalah.

“Ini adalah masalah dalaman MILF dan biar kami yang menyelesaikannya,” kata Mohagher dalam ucapannya ketika memulakan runding yang ditaja oleh Malaysia, hari ini.

Runding damai itu diadakan bagi menamatkan pemberontakan bersenjata berdekad lamanya oleh 11,0000 pengikut MILF yang menuntut kemerdekaan di selatan Filipina, negara yang majoritinya dihuni penganut Roman Katholik. – AP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal