Bismillahirrahmanirrahim

Friday, April 1, 2011

MILF pecat komander liar

MANILA 1 April - Kumpulan pemisah Filipina, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menyingkirkan seorang daripada anggotanya yang membentuk sebuah kumpulan bersenjata baru, tindakan yang dilihat mungkin menyulitkan rundingan damai untuk menamatkan konflik yang berlangsung sejak empat dekad lalu.

Seorang pemimpin kanan MILF yang enggan namanya disiarkan berkata, kumpulan pemisah itu telah menyingkirkan Ameril Umbra Kato kerana menubuhkan kumpulan bersenjata baru dan melanggar polisi MILF.

''Jawatankuasa Pusat MILF mencapai keputusan untuk membuang Ameril selepas dia enggan membubarkan kumpulan bersenjata dan kekal dibawah pentadbiran MILF.

''Jawatankuasa Pusat juga sedang memaklumkan panel rundingan damai kerajaan tentang keputusan MILF itu '' kata pemimpin kanan itu.

Kerajaan Filipina dan MILF bertemu pada Februari lalu untuk mengadakan rundingan damai buat pertama kali sejak Presiden Benigno Aquino menjawat jawatan itu pada pertengahan 2010, sejurus selepas kewujudan kumpulan baru itu dilaporkan.

Kedua-dua pihak dalam rundingan damai itu berkata, kumpulan bersenjata diketuai Ameril mengancam keselamatan dan kestabilan di Mindanao serta proses rundingan damai berkenaan.

Laman web MILF dalam satu kenyataan bertarikh 31 Mac lalu berkata, kumpulan itu mengadakan dialog dalaman terakhir dengan Ameril untuk menentukan sama ada dia akan meneruskan atau membubarkan kumpulan Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro.

Ketua rundingan damai kerajaan, Marvic Leonen berkata, panel tersebut menerima maklumat bahawa kepimpinan MILF telah membuat keputusan untuk menyingkirkan Ameril tetapi mereka masih menunggu maklum balas rasmi daripada kumpulan pemisah itu.

Pada Ogos 2008, Ameril adalah dalang keganasan selepas perjanjian bagi membentuk kawasan untuk orang Islam dibatalkan oleh Mahkamah Agung Filipina. - Reuters

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal