Bismillahirrahmanirrahim

Wednesday, May 25, 2011

MILF bantu tentera selamat mangsa culik

MANILA: Kumpulan pemisah Islam di Filipina bekerjasama dengan tentera negara itu untuk menyelamatkan seorang ahli perniagaan wanita yang ditahan sekumpulan penculik di selatan negara itu, semalam.

Dalam satu kenyataan, Ketua Perunding Kerajaan, Marvic Leonen menyifatkan kerjasama itu sebagai satu keyakinan baru dalam rundingan damai antara kerajaan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang mempunyai 12,000 pejuang.


“Usaha menyelamat ahli perniagaan, Angelina Suken Chew adalah perkembangan positif dalam proses damai.

“Kerjasama berkenaan dijalankan sejak 10 hari lalu,” kata Leonen.


Chew diculik oleh sekumpulan lima lelaki bersenjata dari rumahnya di Maguindanao sebelum dibawa ke kawasan yang dikuasai MILF.


Sumber polis dan tentera berkata, penculik berkenaan menuntut wang tebusan berjumlah 20 juta peso (RM1.4 juta) untuk membebaskan Angelina, ahli perniagaan tempatan yang kaya. - AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal