Bismillahirrahmanirrahim

Monday, July 11, 2011



Polis dari skuad antibom menyiasat kenderaan yang musnah dalam serangan bom di wilayah Yala, semalam. – REUTERS


YALA 11 Julai – Empat bom dipercayai dilancarkan pemberontak meletup dan mencederakan 12 orang di selatan Thailand, dalam kejadian yang disifatkan penganalisis sebagai cubaan mendapatkan perhatian kerajaan baru di bawah pimpinan bakal Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

Polis berkata, tiga jerangkap samar meletup serentak di sebuah ladang getah di wilayah Yala, yang pertama terkena kaki seorang penoreh sementara dua lagi mencederakan pegawai-pegawai keselamatan dan anggota skuad pemusnah bom yang dikerah di tempat kejadian.

“Ini mungkin cubaan untuk mendapatkan perhatian kerajaan baru berhubung masalah di wilayah ini, terutamanya tuntutan masyarakat tempatan yang mahukan pemerintahan autonomi.

“Insiden keganasan cenderung untuk meningkat apabila berlaku perubahan kerajaan. Saya tidak terkejut jika kadarnya meningkat bulan depan berbanding purata tahunan 70-80 kejadian dalam suku pertama tahun ini,” kata pensyarah sains politik, Srisompob Jitpiromsri dari Universiti Srinakharin di sini.

Srisompob berkata, majoriti penduduk selatan Thai yang beragama Islam mahu melihat Yingluck mengotakan janji pilihan rayanya untuk mewujudkan satu zon pentadbiran khas di wilayah itu yang dijajah Thailand kira-kira 100 tahun lalu.

“Penduduk tempatan akan memberikan reaksi positif kepada rundingan damai atau sebarang langkah untuk mewujudkan zon pentadbiran baru, walaupun saya tidak menjangkakannya dalam masa lima ke enam bulan ini, ketika kerajaan Yingluck sibuk dengan urusan politik di Bangkok,” katanya. – Reuters

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal