Bismillahirrahmanirrahim

Tuesday, September 6, 2011

MILF desak ubah pelan damai


CAMP DARAPANAN, Filipina 5 Sept. – Kumpulan pemberontak Islam di selatan Filipina hari ini menolak meneruskan rundingan dengan pihak kerajaan sehingga kerajaan mengubah kandungan pelan damai.

Ketua Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim berkata, perunding mereka tidak akan bertemu dengan perunding kerajaan pada minggu depan seperti yang dirancangkan kerana berbeza pendapat.

“Dengan situasi itu, kami rasa tidak ada gunanya kedua-dua pihak mengadakan perbincangan,” kata Murad yang berada di ibu pejabat MILF di pinggir bandar Cotabato, selatan Filipina.
Katanya, MILF akan meminta pengantara rundingan dari Malaysia untuk berjumpa kedua-dua pihak secara berasingan sebagai usaha meminta kerajaan mengubah suai pelan damai yang disifatkannya sebagai ‘kerja sia-sia’.

“Ia merupakan satu keperluan bagi membantu merapatkan pandangan kedua-dua pihak dan mewujudkan suasana yang kondusif bagi rundingan tersebut,” katanya.

Murad berkata, tawaran kerajaan pada bulan lalu ketika rundingan terakhir di Kuala Lumpur terlalu menumpu kepada pembaharuan sosio-ekonomi dan tidak mempedulikan permintaan MILF untuk mewujudkan sebuah negeri berautonomi untuk orang Islam di selatan Filipina.

“Kami perlu memastikan mereka faham masalahnya ialah masalah politik dan penyelesaiannya mestilah penyelesaian secara politik,” katanya. – AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal